Tuesday, December 29, 2009

BEFORE YEAR END 2

aku gagal lis.. aku gagal nak mengatasi kemalasan aku. mood nak kerja merundum dum dum.. pagi jer aku lawan malas ni.. semakin tengahari dia makin menjadi.. probably tak der kerja yang mengitu mendesak dan jadinya aku tak terdesak.. dasar aku.

jap tadi aku chat ngan jery.. punyala lama tu.. aku citer, mimpi aku smalam.. tak fasal termimpikan dia.. ciss.. dalam mimpi pun si jery buat hal.

sha ada kat rumah aku.. dia bole masuk ngan tin.ana. meriah sket rumah since dia ada. dia pandai bercerita n lawak. sekarang ni dah beberapa kali dah lunch dgn set2 lain. so byk la koleksi goss2.

aku ada banyak azam untuk tahun baru ni..salah satu azam lama yang di beri nafas baru ialah nak kuruskan badan. bosan la dgn badan yg bertambah temss nih. yg lain tu nak rajin kerja, rajin beribadat.. emm apa lagi ehhh.. o yer rajin belajar. he he..tu jer..

tadi google new year wishes... yg ni macam menarik jer .. for u lis..only u..

Happy New Year 2010

Monday, December 28, 2009

BEFORE YEAR END 1

Tarraaaa... nampak akan penghijrahan aku tidak menjadi sia-sia.. aku update blog dengan kadar yg segera kekerapannya..( tak tawla sampai bila ni..) Disember 2009 banyak cuti hari jumaat...so banyak masa habiss di kg halaman yg terchenta.. ada je activity lain-lain selain daripada study. aku ambil kelas kat brickfield tu pun asyik tuang jer. tak der mood sangat nak layan kelas tu sebab petang lepas keja otak dan letih.. (alasannss ok)

aku dah contact kawan2 boj untuk bagi aku notes.. kelas hujung minggu akan bermula tahun depan bulan januari.. rasa macam nak study awal la.. niat tu ada sampai nak exam.. panik jugak.. dah 3 tahun macam tu..

haaa lis.. aku plan nak beli rumah..rumah tu kat seremban 2 heights.. semi d.. bole tahan la. aku harap tak der apa-apa yang tersangkut proses pembeliannya.. lagi 2 tahun baru siap..Insyaallah.

aku malas nak kerja hari ni.. aku malas nak buat minit mesyuarat yg ada lagi ni.. tgk la besok2 mungkin aku rajin balik macam biasa..he he..macam biasa tuuuuuu

Tuesday, December 22, 2009

HIJRAH 1431

Yeahhhh... mesti berhijrah ni aku lis.. pemalas jugak nak jenguk-jenguk ko kat sini.. tapi bukan bermakna kau ku lupakan.. tidak sama sekali.. aku masih ingat.. masih rindu.. masih kau tau.. betul macam tu.. PERCAYA TAK?? he he.. u know me..

Tuesday, November 10, 2009

BUSY..BUSY..BUSY

heh..mongah den..byk kerja betul lately nih..sebabnya banyak nau nak compliance itu ini.. so sesiapa out there nak kerja gomen dgn harapan nak kerja senang..forget it.. susah dek non.. wa cakap lu.. akak ni ha tengah fenin ok... SSR, NKRA, 5s, ISO, KMK, apa lagi tell me..hussshhhh

Tuesday, October 27, 2009

HOBI BARU..



aku ada hobi yang baru iaitu photography.. it all started when my sis bought me a camera..olympus.. then i got new sony plak.. byk gambar yang aku snap.. especially gambar the kenits. satu lagi aku suka tangkap gambar makanan.. konon-konon nak mendokumentasikan resepi-resepi pilihan..gambar atas tu daging masak lemak cili api dan yang bawah tu sambal sotong.. resepinya..heh i don't know..

knowing me..entahla sampai ke mana jer la hobi2 semacam gini..

Thursday, October 22, 2009

YENNADEIIII

lama nau tak update blog ni.. ok.. nak citer pasal aku nyer result bjur.. ada pass ada fail.. dari 6 subject aku fail 2... sibuk sepanjang minggu ni baru semalam aku check mail box kat rumah.. aku fail juris and admin.. yg happy sket tu sbb aku dapat A for tort and B for contract.. land law yg susah tu pun aku lepas walaupun dapat C. aku nak plan utk tahun depan la plak skrg nih.

kerja sekarang ada masa busy n ada masa senggang juga.. H masuk ospital kat ampang sbb sesak nafas beberapa kali. panik jugak maklumlah he got a history of kanser tekak. baru semalam dapat berita its only viral infection sahaja. Alhamdulillah...
aku ada tugasan baru.. tugas untuk kendali kelas froggy..chehhhh.. tak suka tapi apa nak buat dah kerja.. demi sesuap nasi..

pasal.. permanent post pulak ada few progress.. we been asked to submit resume and fill in interview form. hopefully the progress consistent..

orraiittt till then.. harap rajin la lepas ni update blog..rugi byk event2 yg dah terlepas...

Friday, September 25, 2009

HARI RAYA, AKU BEKERJA..


Ini adalah hasil keboringan aku yang telah masuk bekerja pada hari raya yg ke-empat.. penin kepala.. mati kutu.. hari raya ke-lima aku puasa sunat.. tengahari aku balik ke ampang.. rumah di serang dek mak menti.. geram sungguh.. markas utama - bilik aku.. telah dikeroyokin.. aku pasang perangkap sebelum cuti hari raya tapi tak kena.. so aku ubah perangkap tu ke dalam bilik aku.. tgklah camana.. aku kena balik awal hujung minggu ni sebab nak kena kemas bilik.. apalah yg berlaku agaknya di bawah katil aku tuh..
hari ni hari raya yg ke-enam.. sebab tak sahur tadi..aku malas nak puasa.. mungkin sambung next week je la.. pergi almda for lunch.. tak der apa nak cari and duit pun rap-rap jer tak berapa mood la nak nengok2 barang.

Friday, September 11, 2009

MINGGU KE TIGA BERPUASA


minggu ni sibuk berbuka di luar.. mulanya hari isnin jumpa lily.. masa kerja aei.um dia ni kawan seperjalanan naik lrt.. dia dok keramat.. baik budaknya. skrg dia dah jadi cikgu dan dah nak kawin dah.. aku sebenarnya nak dia bercerita pasal bakal suaminya..yg jadi nya aku plak kena bercerita pasal diri aku sbb dia yg banyak tanya.. dulu masa sama-sama single aku bercerita sesuka hati tapi memandangkan sekarang ni dia dah nak kawen aku tapis jugalah cakap2 aku.. takder lah aku nak ngutuk lelaki lelebih..takut dia kecit hati plak.
hari selasa plak ada berbuka dgn geng froggy and cikgu +his wife kat lake club ptjy. makanan ok and the ambiance pun cosy kat tepi tasik and angin sepoi-sepoi bahasa. perasaan nak makan banyak tu memang ada tapi tak larat sebab puasa ni cepat nau kenyangnya. seronok.....time kerja tak dapat nak berbual sangat.. kat sana baru dapat berkenal-kenalan. pukul 9 lebih sikit baru balik..

Friday, September 4, 2009

MINGGU KE DUA BERPUASA

Lis..hari ni aku tak puasa..kemungkinan besar hari ni last lah tak puasanya sebab dah hari ke-enam. tak best betul tak puasa..nasib baik ada kenkawan yg memahami yg tolong carikan makanan di siang hari..lagipun minggu ni aku banyak buat kerja kat luar so berlakulah singgah menyinggah kat McD drive through.
Minggu ni jugaklah ada berbuka di jabatan..tapi tahun ni tak ada anak-anak yatim yang diraikan seperti tahun tahun lepas. since aku tak puasa dan tak boleh sembahyang aku joint amin-aminkan dan joint masa makan.
Gathering untuk bersama kelas froggy tangguh minggu depan so minggu depan ada dua majlis aku kena pergi satu lagi dengan geng-geng joe kat rumah anak yatim hari sabtu depan.
Kueh mueh dan kerepek dah settle kan ordernya tinggal nak collect jer..tu pun dah ada yang sampai..terus aku masukkan dalam kereta nak eksport terus balik kampung.
Baru kejap tadi aku tukar bateri kereta aku..sejak berkenalan dengan arjuna tu aku tak pernah lagi tukar baterinya. tadi aku mintak kenkawan ofis ni yg tukar kan.. tukar bateri awal lagi.. walaupun arjuna tu tak buat hal..tapi dah macam nak selsema jer masa nak start dia.
Lis kalo ko perasan kan.. aku cerita bab duniawi jer..sungguh memang bulan ramadhan.. sibuk bersiap untuk raya jer.. ibadah puasa amat kurang sangat..tu pun masih mampu berangan nak mencari malam Lailatul qadar...chesss

Monday, August 24, 2009

HARI KE TIGA RAMADHAN

dah masuk hari ke tiga berpuasa.. 2 hari yang lepas dapat lah berpuasa dengan family kat kampung. tadi ni pun datang kerja dari kg jugak lah. tak fikir sgt nak pergi ke bazaar ramadhan. try buat daging dendeng..menjadi juga..so boleh lah dimasukkan ke dalam menu raya nanti. bila dah kat kl ni..mulalah kena mengadu nasib kat bazaar n kedai mamak kat mana-mana tuh. cuti sekolah seminggu ni fruit doter dah exsport ke kg jugak.. jadi tak berapa nak terkejar-kejar sgt nak balik rumah..bujang katakan.
bulan ramadhan ni bila bab terawih tu aku teringat masa belajar di gombak.. berterawih bersama kekasih gelapku.. he he he.. those we the days i cherish most.. isk rasa sedih plak..tahan..tahan..nanti batal puasa..isk..isk

Friday, August 21, 2009

DARI JENDELA INI

Esok umat Islam akan mula berpuasa.. alhamdulillah aku sempat menghabiskan puasa ganti aku.. seronok rasanya. tadi pergi almd..pergi awal sebab dah agak dah ramai akan menyerbu dan parking akan bakal susah. aku sebenarnya dah start beli keperluan raya rumah sendiri, mak n rumah angah sejak dua minggu lepas lagi. bukan lah yang besar-besar yg kecit jer macam langsir, alas alas meja, tempat kuih, gelas2.. tu semua tak mau lah last-last minute. aku pergi
sorang jer hari ni.. aku balik cepat lepas makan kat kenny rogers.
Kat bawah ni gambar yang di snap daripada work station aku.. saja nak mengabadikan gambar kat sini.. dah lama tak letak-letak gambar kat blog. baru kejap tadi tuan.osmn masuk to say goodbye sbb dia nak ke UCLA sambung masters for a year. nice... so for me.. i just stare at the window watching time goes by... uncertainty hurts...hmmmm

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN 2009

Majlis konvo yg aku sibuk-sibuk tu dah berjalan lancar hari sabtu lepas.. all in all semuanya ok.. ada sikit cacat tapi tak nampak sangat pun.
Hari ni masuk hari ke lima aku berpuasa.. esok kalau tak ada apa aral aku puasa yg last. hari khamis nak nengok anak bulan.. kira rap-rap je la hari gantinya.
aku macam bersemangat nak sambut bulan ramadhan ni.. nak dapatkan pahala banyak-banyak.. insyallah.

Thursday, August 13, 2009

Minggu konvokesyen..

hari ni puasa.. dah tiga hari aku puasa ganti.. aku ada masa minggu ni and minggu depan jer..sempat lagi rasanya sebab tinggal lagi tiga hari jer. tu la aku ni bertangguh tangguh.. ada jer sebab musababnya yang aku tak boleh puasa.. kebanyakkannya sebab busy dgn kerja-kerja duniawi. dulu aku rajin berpuasa.. puasa ganti ni enteng jer.. puasa sunat berlambak-lambak.. dah jauh aku ni dek keduniaan ni.. tak boleh jadi betul lah.
minggu ni aku sibuk dengan kerja konvokesyen untuk pegawai yang grad masters drp university dari australia. ni la first time nyer buat kerja-kerja konvokesyen.. spt biasa arahan dapat hari jumaat lepas n majlisnya sabtu minggu ni.. terkejar-kejar akak dibuatnya.
kak.nor call tadi dia kata dia konvo esok.. dapatkah aku konvo dalam masa terdekat ini.. sangat besar harapan di hati..ermmm

Wednesday, August 5, 2009

Apa khabar kau di sana...lama sudah tak berjumpa..

Aku memang sucks lis.. baru ni baru aku nak beramas mesra ngan kau semula.. inipun aku cilok skejep jer.. ada manyak story mory.. tungggguuuuuuu

Sunday, May 24, 2009

Food Poisoning

Hari jumaat tu hari aku pegi tengok angel and demon... best la ceritanya. tak boring sangat. sbb sampai ngam-ngam dah nak start aku pun agak terkecoh jugak la nak membeli makanan..so aku decided nak beli makanan yg jual over the counter kat wayang tu. budak yg menjaga kaunter tu agak lembss sket jadi hot dog yg aku dapat tu agak lambat lah..dalam panggung tu gelap so aku tak nampak la rupa paras hot dog itu. rasa macam ok jerrr.
masa kat office lepas tgk wayang tu perut aku dah mula meragam.. aku rilex kan ajer lah. dalam kereta masa balik aku dah start mual nak muntah..n perut aku dah mula memulas sket. sampai jer kat rumah aku dah start muntah dan buang air besar.. aduhhh seksanya..inilah first time aku kena food poisoning.. aku tak boleh buat kerja lain selain buang air, muntah n tido.. aku tak pergi kelas pun hari sabtu tu. tak larat.. walaupun dah pergi jumpa doktor n makan ubat tapi letih satu macam...tido sepanjang hari n sepanjang malam. doktor kata mungkin hot dog yg aku makan tu tak masak ditengahnya..jadi bacteria dalam tu tak mati dan masih active.
hari ahad aku ok sikit. pergi kelas tambahan froggy kat tmn maluri. lepas tu belah petang baru pergi um untuk kelas law. sekarang ni ada la terasa letihnya tapi ok banyak dari semalam. esok aku pergi kerja.. macam biasa. igt nak el tapi memandangkan esok banyak benda nak diuruskan so aku masuk lah..maybe hari rabu aku nak ambil cuti.

Thursday, May 21, 2009

Froggy 1

sekian kalinya aku mengunjungi blog ini lis, sorry la. bukan tak sudi..cuma tak brehi jer (ikut kelate kecek nih), aku sangat busy dengan kerja, study and family. dah lama jugak tak dapat balik kampung..rindu dengan aff. tiap2 minggu ada kelas..macam minggu lepas ada kelas satu hari sampai 13 jam. itu yang kat um. untuk kelas frogy pulak aku ada tution kat luar yang bayar sendiri..duit pun cukup-cukup jer sebab kena bayar yuran exam law, revision class etc.
class froggy..ada banyak controversinya..isunya simple jer (nampak simple ...tapi..) firstly org tak minat datang class, secondly kena ambil exam this june.. thirdly the person incharge dah berenti kerja or should i say ditamatkan perkhidmatan... forthly lately ni banyak pertukaran jawatan as to say a lot of re-org jadi head dah bertukar-tukar so entah yang mana satu. dalam hal ni..mana yang boleh aku tolong aku tolong lah..setakat yang termampu.. siapa jer la aku ni..golongan marhaen yang tak setaraf, tak sestandard mcm org lain..
tu jer la nak cerita pasal froggy class ni.. minggu depan ada meeting antara dua pihak..yg mengajar dan yang di ajar..harap it turn ok.
sekarang ni lis aku kat rumah.. tak der geng nak tgk tv sbb my sis dah ke London. she's on holiday for 10 days.. main tu.. lama. nak pegi tido la...gud nite buddy

Friday, April 17, 2009

"Kawan"

hari ni hari jumaat.. hari jumaat ni lain dari yg biasanya. aku tak ikut rutin aku iaitu pergi jln2 ker almda. aku nak baca buku sket. kerja kat opis ni dah banyak so aku tak bleh nak cilok between the office hour dah. 
urusan barukan roadtax aku berjalan lancar minggu lepas. sebenarnya aku hampir gak terlupa pasal tarikh roadtax aku tuh...sepatutnya aku tak boleh lupa sebab tarikh tu sama dengan tarikh hari lahir seorang kawan aku dulu. kawan yang dah lama tak jumpa..dah 10 tahun. aku tak tahu mana dan apa dia buat sekarang. aku tak mahu tahu dan aku harap aku tak akan tahu. anyway.."selamat hari jadi..semoga panjang umor dan murah rezeki".
adios amigos...

Monday, April 13, 2009

aku dan sms

sabtu nan lalu aku balik kelas dah malam. owww sgt letih maaa. lepas mandi jer terus melepek kat bilik.. dengar al*ng n the geng nak nengok af.. tak koser la nal layan..baikla aku gi menuju puncak tido dari layan budak af. 
aku belek la phone purba merah menyala aku tu. then aku browse sms yg aku terima. sekonyong la aku sedar perangai tak berapa elok aku ni.. aku tak suka layan sms. ada beberapa kawan2 tegar aku yg tak pernah jemu meng sms aku dan aku tak pernah jemu jugak tak balas sms diaorg. ape punya aku la lis..sucksss. 
aku delete mana yg dah out dated tu.. byk jugak cerita dirivisit ada yg manis ada yang pahit tak kurang jugak yg kelat2. aku kena berubah.. kena la ikut perkembangan zaman.. kadang-kadang aku rasa aku dah ketinggalan dek zaman seiring dengan umur yang dah berzaman2 ni.. aku tahu ini bukan alasan.. alasan ni saja nak justify kemalasan aku sendri. tapi tu la.... being me... sorii kenkawan.

Friday, April 10, 2009

aku kembali lagi

ha tengok la aku ni lis.. baru nak buat entry. banyak nak cerita tapi di tangguh2 langsung terlupa. agaknya aku ni memang tak der gaya nak menulis lah. cahaya tu tak mari kat aku.. 
tapi ko nyer pasal aku cuba lah eh.. nak update pasal perkembangan diri dululah. yang pasal permenent post tu sad to say masih belum nampak bayang. tu ari 2flr tu kata ada pobem ngan application..salah buat. entah berapa lama daaa.
as for kerja.. boleh kata tak banyak. aku ambil peluang ni buat kerja sendiri jer. aku baca buku and french class. kelas french kelas aku sowang je dtg. yg lain tu lelappsss. kelas law ok jer. memang aku tak ponteng lagi la. baru ni jadual exam dah sampai. aku punya paper 4 hari turut2. yang susah2 plak tu.. mau biru acik nanti nih. esok ada land .. aku dah byk kali cuba nak baca tapi entah la.. esok kelas dari pagi sampai malam (9am-8pm).. tgk la aku bleh survive ker tidak.

Monday, March 23, 2009

hujung minggu lepas

apa nak update yer.. okey arjuna dah seperti biasa.. macam tak ada apa2 berlaku kat dia. nasib baik adek tukang sembur tu baik n ok kerjanya.. nampak emsem balik la kete konit ku itu. minggu lepas hari jumaat ambil cuti..just nak bawak the geng pergi jalan kat ptjy. suka betul dia org. masa mandi manda tu tak hengat dunia bila dah penat si AFF buat hal kat Almnda..tak senang ibu dia nak makan2 kat pizzahut.  hari sabtu buat discussion ngan zah kat sban office hubby dia. kalau dapat buat dicussion kerap macam ni alangkah baiknya.. tapi tu la susah nak dapat masa luang. hari ahad kat rumah jer. penat layan the geng ni. hari ni aku kerja..masih terasa akan kepenatan... 

Thursday, March 12, 2009

kesian arjuna ku...

hari ni result spm keluar.. al*ng call bagi tahu result m*ra.. spt yg dijangkakan. tak ada apa yang boleh nak dibanggakan. aku tahniahkan jugak la.  kot nak masuk nursing college tu lepas la kot. aku malas nak pot sangat la. nak pot kan diri sendiri la. aku dah start study serba sedikit. jadilah dari tak der langsung. harapnya semangat nak menambah jam study tu tercapai.

smalam ada moron mana la gi gesel kete aku.. dari depan sampai belakang..siap kemek sikit lagi tu. aku park kat simpang tu tak mengacau sesapa pun..macam mana la dia boleh buat sebegitu rupa hingga mencabul kesucian arjuna ku nan satu tu. patutla semenjak dua menjak ni aku asik terpikir jer pasal accident. aku cool je lakan sbb nasib baik tak ada dalam tu masa accident happen. namun begitu arjuna ku comot sekali..sungguh menyeksa mata..

tadi masa lunch aku pergi survey kedai cat kete ngan kenkawan office. beberapa ratus tu beb.. aku baru nak set up tabung kasut clarks.. tinggal kenangan je la. mungkin hari isnin depan aku hantar belah pagi n petang boleh ambil. ambil masa dua hari. 

Wednesday, February 25, 2009

listening to the wind of change..

Banyak perubahan yang berlaku. ada yang fizikal ada yang mental.. nampak dan tak nampak. yer la kan sekali air bah sekali pantai berubah. kalau tak ikut berubah macam menyongsong arus pulak.. yang sonsong2 ni agak payah kaedahnya. 

aku turut menyertai perubahan itu.. aku cuba sedaya upaya untuk buat tak kisah.. nanti kalau tense sangat ..my blood go upstairs pulak. contohnya lis.. aku tak dapat berfoya2 masa brekfast. kena sharp pukul 8 dah ada kat workstation. in a way.. aku suka jugak..disiplin sikit la akunyer. tu la benda kecil2 yang besar2 belum lagi la.. akan coming soon aku rasa. 

kejap lagi ni nak pergi teman al*ng pilih kaler honda accord baru dia. sabau je la aku.. ontah bilo la aku ni nak merasa pilih kaler untuk kete sendri.. kete yang kaw2 la maksudnya lis. dah google nengok online kaler yg available tapi tak de yg bekenan la. mungkin tgk live baru senang buat pilihan.  esok dia pergi London for a week... aku seperti biasa kirim barang n kirim salam.. emmm berkirim-kirim dahulu... 

Friday, February 20, 2009

Wind of change...

minggu  n memang tough betul.. mula tu hari isnin for the first time our unit became a division. no more only consist of 6 peoples ( itulah office itulah despatch itulah cc).  meeting pagi tu la baru nampak sesiapa yang menjadi ahli division. bukan calang2 orgnya. rasa mcm termarginalise plak. mendengar boss baru cakap macam semangat..masa tu ok lagila. pastukan masa balik meeting T bagitau..suruh submit sambung kontrak. hati yang berbunga jd kering balik..apa nyer suweiii la. from that moment jer aku mcm tak sedap hati..sadssss...frust. mungkin juga derang ni nak buat submission tu macam just in case appss permenant tu delay lama sgt. i hope cam tu la kaedah nya. kelas french makin menekan perasaan..cikgunye pms tak abis. kalau ikut hati rasa nak keluar dr kelas..just to show protest.. marah org macam suka hati dia jer. dalam minggu ni jugak dapat pangilan dari luar negara.. tah hapa mimpi. i just made a point that "my time is over" nak bagi priority pada benda lain yang lebih promising lah. tu la serba sedikit kehidupan aku yang tak berapa nak keruan lagi ni.. huhhh 
 

Saturday, February 14, 2009

hari tak berkasih

Lis, aku kat rumah skrg ni. hari ni hari valentine...hari kekasih..unlucky me tader kekasih.. dapat ucapan dari ex jer.. sabo je la kan. pagi tadi pergi jog kat lorong biasa aku jalan. but sbelum tu pergi hantar fruit doter kat sekolah dia. hari ni ada merentas desa. ala mesti no corot tu. minah ni kan memang tak minat sukan langsung langsung..hatta ajak pergi jog pun dia akan bagi bebagai alasan...track tinggal kat kg la, tract senteng la..
aku bfast kat mamak macam biasa jugak. sampai balik rumah mengerjakan kain baju and rumah. org ridpest tu datang buat service.. ni service yg last. takmo lagi la, service tak bagus macam ada satu lagi brader yg buat tu. dekat pukul satu pergi jemput N kat sek dia. pastu terus lunch kat melawati, kat tempat abg angkat N (abg mamak). aku malas nak masak hr ni. al*ng pagi lagi dah pergi conference kat KLCC. Esok ada kelas tort. kejap lagi la nak mentelaah buku. orrait Lis Selamat hari kekasih..dari aku untukmu.. daaa

Wednesday, February 4, 2009

aktiviti hari wilayah 2009

eeeloww.. aha! dah masuk bulan feb dah ni.. kejap jer rasanya. ada banyak nak update tapi tak terbuat plak. minggu lepas cuti panjang sebab hari raya cina and cuti wilayah. lepas kelas hari sabtu lepas tu aku balik kampung jemput angah n the kenit geng dtg kl. sian kat diaorg lama sgt asik dok kg jer. suka betul la geng kenit tu. sampai ptg..lepas magrib mlm tu jugak bertolak ke kl. esoknya hari ahad..subuh dah dgr suara AFF ajak mandi "tolam". dapat jugak pujuk suruh dia sarap dulu baru pergi. lepas mandi..bersiap pergi zoo negara plak. sakan betul berjalan hari ni. last aku pergi zoo masa zaman bercintan cintun dedulu.. lama betul dah.. tapi zoo ni tak berubah byk.. aku jugak la yg berubah banyak...
kak.azma dtg rumah.. kita org beli kek untuk sambut birthday dia n naqiuddin skali. letih sungguh hari tu. 
hari isnin lepas sarapan  pergi main "gongchor" (gelongsor). pergi taman yg dekat ngan rumah.. sakan geng kenit berjalan. lepas tu baru la hantar balik ke kg. dalam kete tak sampai 1km dari rumah dah tido depa ni. 

Friday, January 16, 2009

as at today...

hari ni hari jumaat.. baru balik dari Almnda. aku singgah beli kek untuk Sh*dah sempena hari jadi dia yg ke 25 ker 26. masih sweet lagi minah ni. dia nampak gumbira jer.. senang hati aku tengokkan sbb lately dia byk masalah.. dia ni pulak sendiri ada masalah dia fikir org lain punya masalah pun dia fikir. 

kat tempat aku kerja ni tengah ada rombakan.. daripada unit akan di naiktarafkan kepada bahagian. pada aku ianya perkembangan yg sihat. yg membimbangkan status aku ngan kenkawan lain yg masih kontrak, walaupun permohonannya dah di hantar. satu lagi berita yg tak berapa nak shiok.. recomendation drp dr datuk tingkat 6 untuk 2 drp kiteorg agak kurang. aku tak masuk yg 2 tu..tapi kalau boleh, kite dah kerja bersama lebih dr 5 tahun tak shiok la kalau tak together-gether lagi. tempat kat unit ni pun dah di bahagi kan utk officer yg baru masuk.. bulan depan diaorg start kerja. entahlah.. kalau dah ramai...beramai-ramailah ragamnya.. aku macam jd takut plak.. macammana agaknya yer.. 

kelas di BOJ UM dah start dua minggu lepas.. adoii mak penat you.. esok ada lagi sabtu n ahad. aku cuba la study week days ni..tapi tak berapa nak masuk la.. 

Monday, January 12, 2009

sudah selamat pergi dan kembali

ngantuknya mata ku ini.. hampir nak terlelap aku tadi masa buat kerja kat library. letih sbb dari kg terus pergi kerja. cuti dua hari ni asik melayan orang dtg melawat mak ayh al*ng yg baru balik dari menunaikan haji. rasa tak best jer buat kerja mengantuk ni.. takut ada kerja yang terlepas pandang.. maklumlah kite ni berintegriti orgnya...

hari khamis lepas aku cuti sbb diaorg nak balik, sampai di klia pukul 5 pagi. dari kg aku ngan abgnsr pakai dua kereta.. aku dgn m*ra. aku tak tahu jalan ke klia jadinya aku follow je abgnsr. ikut jalan labu sendayan.. jalannya tak banyak lampu jalan tapi tak de la kena tol berbagai. ikut punya ikut sampai ke lcct instead of klia.. ler ingatkan sepert rupanya sama jer tak berapa nak tahu. nasib baik kak.is ada tunjuk jalan ke klia semula n cakap mana nak parking. lebih kurang 6.30 diaorg keluar. 

di kg dah ramai yg tunggu.. suasana jadi macam terharu juga. sarapan pagi atuk.madin baca doa selamat. alhamdulillah dah selamat pergi dan selamat kembali.then aku pun melunaskan kerja kerja semasa aku.. acara memasak makan tengahari.  sesambil tu melayan tetamu.  sampai ke hari ini masih ramai lagi tetamu yg dtg melawat.  buntil 2 bijik besar yg dikirim dah di buka.. aku dpt beberapa helai jubah. amboittt sakan depa shopping..

Wednesday, January 7, 2009

dakap tapi tak cakap

hari tukan aku jalan2. jalan tu ada dua lorong, akunyer jalan kat lorong belah bawah, dan lorong satu lagi tu belah atas. dua2 lorong ramai orang. then aku pass by dua orang lelaki tengah bercakap.. ehhh sorang tu aku kenal lah.. dia toleh kat aku... aku terberenti jalan.. dia datang kat aku plak.. then dia hulur dua2 tangan.. aku sambut tangan tu dengan dua tangan aku... dia tarik aku naik ke lorong atas tu, pas tu dia dakap aku... aku pun membalas..sambil tutup mata..nak kan feel la kan...(suker nyerr)..tapi aku heran la,  apa kes la main dakap dakap tapi tak cakap apa-apa. aku pun buka mata... cisss mimpi daaaa.. nak kata aku ingat tak ler berapa nak ingat tapi dah rezeki jumpa dalam mimpi jer..welll aku ok... kenapa la tak jadi in real life.. best sket

ni kira sama kes ngan mimpi aku tu.."semalam ku bermimpi hai dengar satu bintang berkata-kata di jendela...kulihat kanda tersenyum memandang asmara bergelora meresap ke dada... " ohhhh