Friday, January 16, 2009

as at today...

hari ni hari jumaat.. baru balik dari Almnda. aku singgah beli kek untuk Sh*dah sempena hari jadi dia yg ke 25 ker 26. masih sweet lagi minah ni. dia nampak gumbira jer.. senang hati aku tengokkan sbb lately dia byk masalah.. dia ni pulak sendiri ada masalah dia fikir org lain punya masalah pun dia fikir. 

kat tempat aku kerja ni tengah ada rombakan.. daripada unit akan di naiktarafkan kepada bahagian. pada aku ianya perkembangan yg sihat. yg membimbangkan status aku ngan kenkawan lain yg masih kontrak, walaupun permohonannya dah di hantar. satu lagi berita yg tak berapa nak shiok.. recomendation drp dr datuk tingkat 6 untuk 2 drp kiteorg agak kurang. aku tak masuk yg 2 tu..tapi kalau boleh, kite dah kerja bersama lebih dr 5 tahun tak shiok la kalau tak together-gether lagi. tempat kat unit ni pun dah di bahagi kan utk officer yg baru masuk.. bulan depan diaorg start kerja. entahlah.. kalau dah ramai...beramai-ramailah ragamnya.. aku macam jd takut plak.. macammana agaknya yer.. 

kelas di BOJ UM dah start dua minggu lepas.. adoii mak penat you.. esok ada lagi sabtu n ahad. aku cuba la study week days ni..tapi tak berapa nak masuk la.. 

No comments: