Hari jumaat tu hari aku pegi tengok angel and demon... best la ceritanya. tak boring sangat. sbb sampai ngam-ngam dah nak start aku pun agak terkecoh jugak la nak membeli makanan..so aku decided nak beli makanan yg jual over the counter kat wayang tu. budak yg menjaga kaunter tu agak lembss sket jadi hot dog yg aku dapat tu agak lambat lah..dalam panggung tu gelap so aku tak nampak la rupa paras hot dog itu. rasa macam ok jerrr.
masa kat office lepas tgk wayang tu perut aku dah mula meragam.. aku rilex kan ajer lah. dalam kereta masa balik aku dah start mual nak muntah..n perut aku dah mula memulas sket. sampai jer kat rumah aku dah start muntah dan buang air besar.. aduhhh seksanya..inilah first time aku kena food poisoning.. aku tak boleh buat kerja lain selain buang air, muntah n tido.. aku tak pergi kelas pun hari sabtu tu. tak larat.. walaupun dah pergi jumpa doktor n makan ubat tapi letih satu macam...tido sepanjang hari n sepanjang malam. doktor kata mungkin hot dog yg aku makan tu tak masak ditengahnya..jadi bacteria dalam tu tak mati dan masih active.
hari ahad aku ok sikit. pergi kelas tambahan froggy kat tmn maluri. lepas tu belah petang baru pergi um untuk kelas law. sekarang ni ada la terasa letihnya tapi ok banyak dari semalam. esok aku pergi kerja.. macam biasa. igt nak el tapi memandangkan esok banyak benda nak diuruskan so aku masuk lah..maybe hari rabu aku nak ambil cuti.
No comments:
Post a Comment