hari ni.. kerja macam biasa jer.. ala ala boring. aku macam tak berapa nak mood. balik rumah terus baring baring.. rmh plak tak berapa nak terurus.. al maklumlah tinggal sensorang.. anything goes jer.. main tolak tolak ngan kaki.. aku on kan tv..than baring kat atas katil.. sedar 2 dah pukul 10 malam.. tak pernah jadik mcm tu. macam la kerja menyangkul di bendang kadar kepenatannya tu. mata dah cerah aku pun bantai tgk tv cerita transformer n dinosour jadi org. dua2 cerita karut marut.. layan sampai pukul 3 lebih..aku masuk tidur balik.
Tuesday, December 23, 2008
2 movie kat wayang..2 movie kat tv
Isnin.. aku dari kg ke tempat kerja. sabtu n ahad, hari2 tgk wayang. hari sabtu aku keluar dgn *wan. dah bertahun berjanji nak keluar ngan dia baru la hari tu berkesempatan. kitaorg keluar dalam pukul 3 ptg.. pergi ke jusco s'bn 2. tgk wayang cerita transporter 3..uiiii heronya mengancam machonya. hari ahad pagi lagi dah sarap kat mc donald senawang dgn geng2.. suka sgt si kenit kenit tu. lepas tu balik lepak sekejap pergi pulak terminal 1 dgn yg besar2 jer..3 yg kenit tinggal rumah. cukup seksa nak lepas dari diaorg.. kali ni tgk cerita the day the earth stood still..aisheh boring ya amatss. seperti cerita keenu reeves yg sebelum ni la.. kena dok mikir mikir apa la yg sebenarnya cerita ni.
Friday, December 19, 2008
Korban 2008 (Part II)
ni tengah mood nak update ni Lis.. kebas kebas lagi kaki aku ni..biaser la weekly jenjalan di hari jumaat.. baru masuk opis nih.. ada sket senggang ni. okeh.. hari raya korban tu kan..on the day itself subuh aku bangun siapkan nasi lemak aku tu la.. then bungkus bungkus berbagai dah pukul 10 pagi. nasib baik menjadi you. nasik lemak ni yang aku takutnya dia jadi macam mentah biji limau org kata..gitu la. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. masa tengah buat tu aku berdoa kepada Allah..(he he he) kesian ler kat aku yang ibu ayahnya jauh di mato...
lepas tu plak anak buah semua dah siap sedia.. acara dispatch kan juadah plak..nasi lemak tu 20 bungkus aku sedekah kan untuk org tolong semelih lembu. bapa sedara sebelah bapak aku pesan (pakcik alim) kalau mak bapak kita kat Mekah kena banyak sedekah dan niat nak tolong diaorng kat sana. singgah sana sini dalam kampung dulu barulah bertolak ke PD. kat sana barulah aku dapat makan bersama-sama. dekat nak tengahari balik kg balik. masih layan news jugak pasal banglo tertimbus. ni ha gambar ambil dari kosmo.

Wednesday, December 17, 2008
Korban 2008 (part 1)
Lis.. hari ni aku macam rasa nak ceritakan kat ko pasal aku nyer pengalaman beraya tanpa ibu ayah dan al*ng di sisi. hari raya tu jatuh hari isnin (8/12) kann aku ni dah balik kampung sejak hari jumaat lagi..so aku pada hari sabtu tu pergi la ke pasar besar S'ban. sampai kat pasar dapat sms dari k.has kata ada berlaku tanah runtuh kat bkt antbgsa tapi dia tak tahu kat area mana. k.has duduk kat oakleaf..sejak subuh tak ada elektrik... aku punyalah bederau..terus rasa susah hati..maklumlah saja musim tengkujuh cam gini..dgn bukit tegak dua langkah jer dari belakang rumah. tak menentu arah la aku nyer nak membeli barang kat pasar tu jadinyer.. kat pasar ni kalau time nak beraya mmg payah dapat parking..so kenalah parking jauh.. aku decide sarap dulu ngan amirah kat kedai mamak. sampai dua tiga kali menghantar barang kat kete. last round tu ada org tua ni menyapa.. ler rupanya cikgu zakaria.. dia masih ingat kat aku lis.. he he.. vangga acik you.. aku amek no telepon dia.. dia masih macam dulu.. dia kata nasib baik aku tak jadi cikgu.. budak skrg tak mcm budak dulu.. yer la dapat student mithali macam aku ni.. senang la cikgu tu.. eee sukanyerrrr.
kat pasar aku beli barang untuk buat laksa n nasi lemak. ni first time.. cuba jer nak buat nasi lemak siap nak sponsor untuk org yg tolong potong lembu. sebelum tu kan.. hati aku begitu tak tenang.. so sepanjang hari sabtu tu asik nengok news je la.. 14 banglo runtuh di bukit antarabangsa n bukit mewah.. dekat tu dgn rumah. Esoknya lepas subuh aku pun balik rumah.. ambil kete al*ng and bawa balik barang barang yang penting. hujan jer sepanjang hari ahad tu.. seram akak. berbeg beg barang2 penting aku bawak..termasuk fruit doter n al*ng nyer skali. petang tu pergi ke PD jemput m*ra n *jat yg aku hantar ke rumah makcu semalam..diaorg tgh bakar lemang. esoknya hari raya aku janji nak dtg rmh makcu lagi... busy sungguh la.
Wednesday, December 10, 2008
Lambaian Ka'abah
welcome untuk diriku.. dasar sungguh la pemalas nak update blog. apenye yang aku rajin pun tataw la. memula nak criter pasal mak ayah n al*ng pergi menunaikan haji ke mekah. berangkatnya dengan kt 86 on 27 nov 08. memang ler agak lambat updatenye dah sejuk dah tapi Lis aku nak criter jugak.. bole buat tatapan di hari kemudian..
disebabkan hari tu hari last fruit doter spm aku dtg dari ampang ke tbg hj lepas ambil dia dr skolah. aku sampai sebelum asar..punyalah cepat..saja cari parking senang sket. org lainpun dah mula sampai. dekat magrib barulah mak ayah n al*ng sampai, k.is yg hantar. mujur juga aku bukan dari kg kalu tidak surenyer aku sedeh sbb kat sana, yer la semacam punya drama airmata. kalau aku tak sedeh pun mesti terpengaruh jugak bila org lain dah nangis aku pun ikut nangis...isk.mesti punya.
ramai sedara mara dan sahabat handai yg dtg..suasana agak sibuk n basah sbb hujan makin nak masa bertolak makin lebat. nasib baikla ada khemah yg disediakan. akhirnya masa yg ditunggu dah tiba pukul 9 lebih sket..diaorg pun masuk balai berlepas..bersama hujan yg lebat..aku lambai-lambai jer..tak tahu rasa apa..cuma harapan yang amat tinggi supaya dapat bertemu kembali..dan ibadah yg dikerjakan itu diterima Ilahi.. sbb lama sangat menyimpan angan utk menjejak kaki di Tanah Suci.
aku balik ke kg terus.. di temani hujan sepanjang perjalanan.
Monday, November 24, 2008
cherita khenduri
kenduri lagi... berapa banyak kenduri daaaa.. itu la lis.. tak habisnya hidupku ini melayan kenduri kendara..asik-asik masak jer.. yg kali ni kat rumah kampung plak.. kenduri ni menurut ulasan jurnalis mesuarat tingkap kat kg aku "kecil sedikit dari kenduri kahwin".. sbb ada khemah n jemput satu kg. tarikh kenduri sabtu 22 nov.. aku dah cuti hari jumaat lagi..khamis tu lepas kerja terus balik kg. pagi sabtu pergi pasar..balik terus buat rendang daging.. jenuh betul.. kalau harap sorang tak larat den.. nasib baik ada helper org indonesia dan beberapa org kampung. magrib baru masak rendang 20 kilo..
malam tu entah pukul berapa aku tido pun tak igt tapi lambat la.. then aku bangun pukul 4 pagi.. siapkan barang untuk kuah lodeh. bukan tak boleh suruh orang buat tapi aku tak bekenan kerja orang lain.. kalau diaorg potong tak ikut aku nyer spec.. mula aku boring..so baik la buat sendiri. pukul 8 org dah dtg tolong buat kerja.. ketua tukang masak.. makcu..nasib baik makcu ada. dia masak nasik ayam, masak lodeh, goreng ayam berempah n sos. aku busy siap kan buffet..dan minuman org datang. lebih kurang 11.30 event mula dengan bacaan doa, yassin dan tahlil. lepas tu makan.. laju smacam jer ayam goreng panassss... ramai betul org yg datang.. lepas magrib baru clear. nasib baik malam tak der org datang.. aku penat nak mam***
esoknya hari ahad org masih datang melawat mak n ayah.. almaklumlah org dah nak berangkat ke tanah suci.. k.ani n famlily dtg dekat nak petang...masa tu aku baru nak sambung menjahit beg beg haji. kenselll.. malam aku menjahit sampai pukul 12.30 malam baru tidur. pagi ni aku kerja dari seremban la ni.. dah tak penat sangat.. lagi pun pakai baju baru..kena la semangat baru..tak boleh la lembik lembik. seronot org puji baju cantik..
Tuesday, November 18, 2008
Pearl Concert

pagi ini aku pergi kerja dari kampung.. aff ngan ibunya sempat dtg rumah.. sempat ler peluk cium n dpt ciuman terbang dari dia. clock in lambat 7 minit. kerja spt biasa..sungguh lis..aku terpaksa admit aku tak semangat nak bekerja dgn baik sbb kan status yg tak ketentuan ni.. ekonomi nyer satu hal lagi..
belah ptg aku gegas balik sbb nak bersiap untuk pergi ke Pearl Concert Khadijah Ibrhm (my friend). singgah bukit beli dinner utk al*ng n fruit doter n aku plak makan roti telur kat kedai mamak. aku pakai baju kurung, pinjam beg glam al*ng n my fav shawl. lepas magrib k.has dtg jemput..sampai kat dwn philharmonik ngam ngam jer..wahhh kelas guest nyer..aku macam misplace jer..rasa mcm sekadar di pinggiran jer.. guest of honor nya permaisuri agong..very d cantik you.. ramai foreigner n politician..tak nampak pun artis artis..maybe esok kot.. malam ni utk org korporatss. aku jumpa mr.g masa nak collect
ticket.. heee rambut dier kembang dari biasa..mesti blow tu.. after muah-muahss dia bagi ticket.. org keliling tu nengok jer..mungkin dalam hati fikir "siapala budak jongos nih" elehh tak peduli janji i dapat ticket cirle okeyyy.. k.has gumbira kemain..memang dia lama mengidam dok dalam circle ni.

konsert start at 9. banyak rupanya lagu lagu kathy yg aku pernah dengar tapi tak tahu siapa penyanyi nya. rupanya my friend yg nyanyi..apa punya friend la aku ni lis.. artis jemputan spt yg diduga d.a.nawab dan ramli s. keseluruhannya aku teruja dan terasa bangga dgn usaha gigih kathy.. go girl..i'm proud of you. kathy ada dedicate lagu utk mr.g sempena b'day dia..suka la org tua tu..mesti memalu tu..knsrt tamat pukul 11.15..k.has misplace parking ticket. ada la dekat 20 minit cari dalam beg dia yg sendat dek segala mala resit n cards.
sampai rumah dekat pukul 12 am. al*ng pulak ajak goss.. goss hangat lagi tu liss.. tapi aku macam dah boleh agak lama dah akan jadi. cumanya aku ni cuba la berfikiran positif. ni ha pasal kwn al*ng yg husbn dia failkan cerai..jantan tu dah berumur benonya..anak somebody.. tetapiii ada maslah perangaii dan tuuuuttttt.. aku dengar je..harap al*ng dpt tolong diaorng.. her family very close to al*ng.. n i'm sure they want al*ng to represent them in court. aku boleh kata "kesiannnn". benda benda begini kenkadang buat aku berfikir akan kehidupan aku tak ler teruk mana walaupun aku single.. entahlah..
Monday, November 17, 2008
aktiviti minggu lepas..
khamis lepas..balik kerja jer..letak bag jer terus balik kampung. hujan plak tuh.. singgah kat kfc lepas tol sg besi beli kfc.. jalan kena la hati hati sebab jalan licin. dlm kereta penuh ngan brg2 kenduri tu ari..angkut balik bawak balik kampung.
balik pun sebab nak celebrate angah's wed anniversary. menu segera kfc and cheese cake sr. sampai kg "geng" dah siap tunggu..makan and potong cake.. AFF nan comey di luar dugaan telah membaca doa makan dari awal sampai abiss.. pelat pun pelat lah.. geram aku, rasa nak bungkus bawak balik kl jer. malam tu ingat nak balik tapi dah penat sangat so balik esok jer.
jumaat..dari kampung terus ke ptjy..clock in. sbb naik kete al*ng jadi kena ambil kereta sendiri.. nasib jalan tak jem. sarap kat melawati..(sempat tu) baru ambil keta n head to ptjy balik. tengahari.. baik punya plan nak tengok james bond..online kata ada show 12.30..cantikk lah sbb cerita tak lama sangat sempat balik b4 2.45.. sampai kat panggung show pukul 2.00.. hampess tul. makan dan bayar bil kat pejabat pos.
sabtu.. pagi pergi brisk walk ngan fruit doter. sambil tu beli la sarapan. plug kat tv buat hal plak..panggil wireman.. dah panggil tu buat je la terus itu dan ini. betulkan railing langsir and tukar kipas.. tak mo pakai rimote lagi beli yang biasa jer.. tengahari tu masak..ptg tgk tv sampai malam.
ahad.. pagi kemas rumah sket.. pegi beli barang utk bawak balik kampung..siapkan sesikit untuk buat kenduri 22 ni. kat rumah mak ni asik asik org datang jer..sampai malam..last skali makcik siti. aku jahit reben reben kat beg yg nak dibw utk haji..sbb nak bagi nampak lain dari beg org lain. beg yg besar dah siap..yg kecit jer belum siap.
Tuesday, November 11, 2008
Susah hati
semalam aku kerja macam biasa. clock out tepat tepat. mak ada kat rumah so tak de la nak terkejar kejar nak memasak. balik kerja..pergi jalan kat kawasan sekitar perumahan.. saja nak kasi badan berpeluh. hari ni first day SPM. aku harap fruit doter aku yang sorang ni buat sehabis baik.. walaupun aku tak letak harapan yang tinggi kat dia.
Lis.. la ni aku tengah susah hati.. semalam dua kali org tanya pasal status pekerjaan aku kat jabatan ni. sedih la bila cara diaorg bertanya tu macam kitaorg kat unit ni tak de harapan je nak diserapkan. itula impian aku yang besar, bila dah tahu cerita ni aku jadi blur.. susah nak cari pekerjaan lain sekarang. walaupun benda ni tak ada hitam putih tapi perasaan aku risau semacam jer.. nak buat kerja pun rasa macam sedih..mood down betul.
mood tu membawak ke hari ni. apala nasib aku dan kenkawan agaknya.
Monday, November 10, 2008
Khenduri
Ini acara aku weekend yang lepas ni.. banyak berkisar tentang "Khenduri" al*ong nak berangkat menunaikan ibadah haji tak lama lagi.. majlis ni untuk memohon maaf selain mengeratkan silaturahim sesama kawan dan jiran.
hari ni separuh hari je.. after lunch balik s'ban. sampai kat rumah mak..dia ajak pergi mangkeh kat rumah atuk abas plak.. kena la hantar dia dulu..sebabnya tak dapat nak join diaorg punya kenduri kahwin sebab mak ngan ayah nak ikut aku balik kl.
kat rumah tolong mak buat kuah kacang, kari daging and sambal tumis udang. AFF seperti biasa kemain lasaknya la main.. tak larat nak melayan..kejap-kejap tanya "key aner..key??" (kunci mana?) Srh pulak sibuk nak tunjuk dia dapat no satu kat tadika.. yang tak sibuk MN jer. lepas magrib bertolak balik ke kl. siap rebus nasi empet then kemas kemas baru tidur...dalam pukul satu.
Sabtu
rumah kenduri al*ong.. banyak makanan yang diorder jer..nasi ayam, roti jala, karipap, kueh lapis, kueh cara berlauk, kek 3 jenis dll. disebabkan makanan banyak tak disediakan sendiri tak ler sepenat mana pun..cuma nak pastikan semua nya terhidang dengan baik..buat air, potong buah, susun meja kerusi, isi-isi kueh dan yang paling penting layan tetamu. kita org jemput kawan kawan dan jiran jiran jer.. untuk sedara mara akan diadakan pada 22 hb akan datang. Petang dalam pukul 6 lebih hantar ayah balik kampung. Fruit doter ikut sekali sebab esoknya nak hantar dia ada majlis kat hotel di ibukota. kenit kenit lagi dah ada berbagai bagai majlis segala..siap ada tema lagi black and white. lepas magrib baru minah ni teringat hadiah untuk majlis tu tak dibelinya..bengang betullah..aku dah ler penat, kalau nak tunggu esok kedai buka lambat.. malam pun malam la pergi kedai runcit jer cari hadiah.. nasib kau la. last sekali dapat lah beli pencil box n note pad mickey mouse..sedondon kaler nya. malam tu juga lak nak balut..tapi tunggu AFF tido.. kalau tak diprojeknya hadiah tu hancusss.
Ahad
"awong awong banyun wong" (maklong, maklong bangun) pelepettt kena muka aku, tampau dek tangan si kecil ni..AFF.. lepas tu dia bantai menyanyi segala nursery ryme yang dia tahu..tak bole bangun lambat sebab bising sangat. lepas sarap fruit doter dah sibuk nak bersiap-siap..seperti biasa kalau ada acara jer mesti minah ni tension.. ada jer yang tak kena.. tudung penyet la.. brooch hilang la.. macam-macam la.. tension dia tu akan menjangkit kat kite skali la.. aku pun apa lagi la.. naik suara la.. baru la dia ok..dia sengaja nak cari jalan nak menangis.. tah hapa kena tah..aku pun heran la..
lepas hantar dia kat hotel aku jumpa MrTan..kat um. dia belikan aku buku.. lepak minum dgn dia n sorang lagi kawan... diaorg ni dah start study.. tak bleh jadi ni.. kena start jugak lah. dalam 12 lebih aku balik ampang.. pukul 4 jemput fruit doter.. malam tengok tv jer.. bila nak studynya..kata nak start.. he he
Friday, November 7, 2008
Laksa Johor buatan orang nogori
aku notice dah blog aku ni meriah dengan gambar..nampak sangatlah aku ni tak pandai menulis..camana la org tu yang boleh tulis banyak banyak..dah tu sedap dibaca. bercakap pasal sedap ni..disebabkan aku ni menulis tak sedap aku nak tunjuk gambar yang sedap jer la kali ni. ini ha laksa johor yang al*ong masak..aku ngan yang lelain tu menolong jer.. betul punya sedap you.. tu la dia ni pandai masak tapi susah bebeno nak dapat masakan dia..3 bulan tak sekali.. ok selamat menjamu mata ok..
Wednesday, November 5, 2008
Kuku..sebelum dan selepas
kejap lagi dah nak clock out dah, sbelum tu saja je nak mengabadikan gambar kuku sebelum dan selepas di manicure. ini la first time aku buat manicure..punya la licin licau berkilat. sebenarnya ini kisah sebelum raya la ni..3 hari lagi nak raya.

selepas 3 hari raya beginila kuku ku itu..kasar bergerigi siap ada sumbing sumbing lagi tu.. sirna serinya setelah mengerjakan 10 kilo daging rendang dan 10 ekor ayam goreng, ketupat, lemang..berbagai lauk pauk dan kueh mueh. nak bergaya dengan kuku lip lap tinggal harapan tak berapa nak kesampaian..

Monday, November 3, 2008
Apakan daya ku
so.. aku pun dah lama tak mengirim berita di sini.. niat tu ada tapi apakan daya.. agak sibuk kebelakangan ini dengan kerja dan lain lain maslah dunia yang harus ditangani. Result peperiksaan aku dah ketahuan.. minggu lepas.. sedih nak diceritakan. frust akak.. bukan setakat menonggeng je kefrustan akak tu.. tergolek terlentang rasanya.. tapi Lis bila aku fikir balik..tak ler teruk mana.. lebih banyak yang pass dari fail.. ermmmm
aku akan berusaha lagi.. tak mo buat kerja separuh separuh. froggy class pun nak buat yang kaw-kaw punya.. mid next year ada exam menanti. ok.. nak pegi buat homework..sekarang jugak..zassss
Friday, October 24, 2008
Rumah saya... telah berjaya...
ini kat entrance.. melambai lambai bunga kertas.. nengoklah pagar tu.. klasik abiss


ini bunga mak datin.. kesayangan ibuku.. ada banyak jenis.. kecik besau.. warna pun pelbagai..
Thursday, October 23, 2008
rumah terbuka anjuran Nan* and Mi*ra (11 Oct 08)
update ni lambat ske
t.. bebudak ni kan dah naik skolah menengah..so nak lah joint acara rumah terbuka ni.. aku ingat depa ni tak de la mengajak datang ke rumah.. rupanya takkk.. diaorang pun menyenaraikan jugak rumah ni untuk dikunjungi.. dah lah maklang ni ha sangat rajen.. kalau tak kerana fruit doter.. hengen aku nak layan.. lagi satu ingatkan 7..8 orang rupanya habis satu kelas campur kelas lain lagi.. mak oiii.. all in all ada la dekat nak 80 orang. nasib baik la kita ni dah bersedia.. masak spegeti, nasik himpit, kek, tembikai, ayam goreng, lemang n srunding. tak ler beriya sangat.. ikut selera budak budak remaja je la.
as for the kueh mueh tu aku isikan jajan jajan.. yer la rumah bujang bukannya banyak nau kueh nya. kueh yang ada pun dah export balik kampung. yang pentingnya cik kak dua orang tu nampak happy jer la dapat ajak kawan kawan datang rumah. aku plak asyik keluar masuk mendespatch kenet kenet tu ke rumah kawan kawan lain. teringat kenangan masa kecik kecik..mak ngan ayah pun layan aku sama macam ni... sejarah berulang.
Tuesday, October 21, 2008
Minggu sakit.....
Lis, lama aku tak hapdet blog nih... aku kan semenjak hari ahad lepas tak sihat...bukan sikit sikit punya tak sihat.. aku sakit mata mulanya, hari isnin aku pegi keje than pegi la klinik kat ptjy ni.. dapat ubat and mc dua hari. aku pun balik..lepas makan ubat ptgnya aku start demam plak. sama naik dengan mata aku yang merah menyala..dua hari aku tido jer..aku el hari rabu..hari khamis tak kebah gak demam tu aku balik seremban.. pergi klinik rasah, doktor tu bagi ubat yg banyak dan mc lagi 2 hari.. maka lengkaplah semenggu aku tak bekerja.
hari ni hari selasa dah ni Lis, mata aku ni masih merah merah seseket.. kerja plak meriah ni.. tak sempat nak breakfast tadi sebab nak kejar kan nak bawak naik fail before 9 am. lunch tadi kat alamanda..sesambil crettt kan duit keluar dari atm machine..sesambil terbeli majalah..sesambil terbeli buku cerita untuk sarah.. nasib baik lah.. Jam*li cepat panggil balik..kalau tidak aku mesti ter... yang lain lain lagi.
Wednesday, October 8, 2008
Rabu 081008
semalam, banyak kerja sikit. dari pagi dok busy. yang menambah kebusyan nya..sbb aku tak siapkan lagi esei utk froggy class. sesambil buat kerja sambil online nengok translation. akhirnya sebelum pukul 3.00 siap jugak. itupun satu jer yg siap lagi dua tu buat keras je la dalam class. elleehhh , ada jugak yg tak buat langsung..kira aku ni student mithali la..diaorg tu student menyesali...hha haa haaa...pewittt prasannya seorang aku...tres mauvais betulll
kat dalam kelas, menambah lagi kerja rumah.. tak habis yg lama dah tambah yg baru. saba je la acik. balik rumah aku lepak lepak jer..tak berkemas macam semalam. fruit doter nak ajak kawan-kawan dia dtg raya hari sabtu ni.. so aku kena la mencongak-congak..nak masak apa, nak kemas rumah, nak beli apa yg tak cukup lagi, nak balik seremban amik periuk belanga, kuali, sudu, pinggan, bekas kueh, tapes, besen. seminggu lagi kena pulang kan balik sebabnya nak menyimpan kat rumah sini memang tak de tempatnya..baik di poskan kat seremban je..bila nak pakai baru ambil. pasu bunga mak pun nak pinjam la.. nasib baik lepas kerja ni terus balik seremban sebab pagi esok nak kena hantar ayah check up kat hospital. cadangnya nak masak simple je sebab tetamu nya yg muda remaja.. aku pun remaja jugak..remaja di akhir garisannnn...ok latu lis..
oh yaaa...mak ayah n alo*ng dah dapat tarikh pergi haji.. penerbangan agak lewat 27 Nov..baliknya 8 jan.. camana agaknya aku beraya haji tanpa mereka di sisi..uwaaaaa
Monday, October 6, 2008
Pulang beraya..bekerja...
Hari ni aku masuk kerja tak le sepenat masa aku masuk kerja hari jumaat lepas (3 hari raya). Jumaat lepas tu aku masuk sensorang je kat ofis ni..satu bangunan ni cina n india jerr. saba je la aku haaa nak save cuti sangat kann. dah lah sunyi sepi..ofis ni plak kalau dah sunyi munyi cam tu mula la bunyi memacam..bederik sana sini..ketik sana sini.. tak tenang aku. maklumla kan dah lepas bulan ramadhan ni.. syaitan dan iblis dah lepas. he he heee
aku tak breakfast pun hari tu..lunch kat alamanda.. makan pizza. dekat nak pukul lima aku clock out. jalan tenang jerr.. balik semban balik...kembali sambung cuti raya sampai hari ahad.
so pagi tadi aku dari rumah kampung la ni. banyak benornyer cerita hari raya..nantila kot rajin rajin aku ceritala kat ko Lis. yg masuk ofis hari ni aku Sh*da n Pr*f. biasala Pr*f banyak nau hapdet hapdetnya. seperti biasa aku n Sh*da jadi pendengar setia. Pr*f belanja makan kat Penang Village. sebelum tu pegi cold storage membeli segala green tea and decaf coffee. tu semer kerja aku la nanti tu nak membuat kopi teh bebagai. balik dari lunch tu aku buat jasmine tea..fenin kepala aku lis.. proses detox kot.. tak sedap langsung..
balik ni singgah kat kedai mamak la..."teh tarik bungkus satu"...
Friday, September 26, 2008
kueh lama, kueh baru
taraaa...inilah kueh tart nenas yang menjadi pujaan hatiku. kueh ni makcu aku kat PD yang buat...yang dua telap ni untuk kenkawan yang dah buat order.
ada juga la kueh yang dibuat sendiri macam kueh goyang..ada yang panggil kueh kueh rose..tapi jangan panggil kueh goyang rose dah leee.. lain macam jer bunyinya..
gambar bawah ni la proses menggoreng kueh goyang ni..tu la batter yang telah di goyang dan dan tertanggal dari acuannya.
sebenarnya buat kueh goyang ni menggoyang iman juga..kena bediang kat api dari pagi sampai la azan magrib.
bancuhan yang mak aku buat banyak so sayang la kalau tak abiss.. acuan tu arwah nenek yang punya.. memang tak pernah meragam... "mekaseh wan.."
Monday, September 22, 2008
Rumah saya.....
hari jumaat..acara spt biasa..melawat alamanda..tak banyak yang menarik pun..kalau ada yg menarik pun, duit plak tertarik... beli ikan kerisi kecik kecik dr carefour..bangla tu tak siang plak..jenuh la petang tu bergelut ngan sisik ikan yang kemain banyak. sudahnya azan dah bunyi gulai baru tenggek..berbuka dengan kueh je la fruit doter ku.
sabtu..lepas subuh balik seremban..orang kampung tengah kalut mengemas rumah sbb tahun ni ada pertandingan rumah cantik kategori malam dan siang. mak tak ketinggalan ler asyik mengupah org endon buat kerja. kawasan kejiranan tu buzy mengecat la, pasang lampu lip lap la, pasang panjut la. kalaunya tukang potong rumput tu tak menang tangan kaki nak melayan tempahan yang begitu banyak datang mencurah-curah. sure masuuukkkk. kedai hardware tepi kampung tu pelita panjut pun out of stock. macam gitu punya gaya aku kena carik pelita kat kl la. cadang nak buat nak belit lampu lip lap banyak sket then nak taruk panjut susun tinggi rendah.. itu pun kalau sempat la....kita mampu merancang je.. kan Lis kannnnn
Friday, September 19, 2008
...menaruh harapan (18 Sept 08)
hari ni aku gembira sebab gaya-gaya nak buat position aku as a permenant post tu dah menampakkan kesahihannya. lately ni itu lah yang aku dan geng seunit ni dok concentratekan. lama dah mengidam akan post ni.. penubuhan bahagian khas untuk penyelidikan dan memang jadi dah dan dan lulus pun. cuma nya penyandang jawatannya tu la yang nak diserapkan. aku ni menaruh harapan yang amatlah tingginya.. macam lagu latip ibrahim tu.."pilihla aku...jadi temanmu..akan ku hibur kasih mu..oooo oooo.."
belah petangnya memandangkan aku ada froggy class..tak dapek la acik balik awal. yang bestnya El announce tak ada kelas untuk dua minggu akan datang..tapi yang tak bestnya banyak nau kerja rumah yang dititipkan. esei plak tu..lomah den (otak yang lomah bona eh). El ni tak tahu ke aku ni berpuasa dan tak lama lagi nak hari raya.. mana ada tenaga nak buat devoir yang banyak camtu..isk.
untuk berbuka tak beli apa-apa pun ingat nak goreng kueh mueh frozen dalam peti sejuk then lepas sembahyang baru pegi kedai makan. baru nak panaskan minyak dalam kuali bunyi ding dong pintu.. yahooooo dapat karipap jiran bagi..dia pulangkan mangkok aku bagi mee goreng basah hari isnin tu. aktiviti goreng-goreng..terus jadi baring-baring kat bilik. azan je makan karipap n dates...sembahyang..lepas tu pegi kedai mamak kat melawati yang dah lama tak dikunjungi dan yang begitu dekat di hati.... chow...
projek asam pedas (18 Sept 08)
...akhirnya jadi aku teruskan projek asam pedas ikan tenggiri tu...atas sebab-sebab jalan tak jem masa balik kerja tu hari.. ala tak jem tu sebab nuzul Quran. orang selangor tak kerja so lenggang kangkong sket la bawak kete. masak asam pedas tu diselangi dengan buat cekodok ikan blis..my fruit doter punya favourite.
Wednesday, September 17, 2008
Projek Terbengkalai
Lis..sebenarnya kan aku dah lama bercita-cita nak tulis blog. best jer baca blog org lain..rasa mcm tak percaya boleh ada blog sendiri ni tau lis.. aku decided nak dedicate blog ini utk ko Lis.. saja je.. walaupun isinya belum tentu best n dah tentu merapu entah hapa-hapa, aku harap ko bersabar je lah eh... tambah bulan nan mulia ni..
terlanjur cerita bulan puasa ni kan.. smalam amatlah jem nya di jalanan mr2 tu..aduhhh buat penat je aku excuse kan diri aku dari froggy class cepat 15 minit sampainya lambat jugak. tak jadi la projek asam pedas aku tu. kira postpone la...masuk kiv list kat dalam peti ais. kalau aku rajin aku revisit la projek ni.. tak pun aku buat projek lain ke.. projek kat bazarr ker...dasar betul la kan aku ni lis...
terlanjur cerita bulan puasa ni kan.. smalam amatlah jem nya di jalanan mr2 tu..aduhhh buat penat je aku excuse kan diri aku dari froggy class cepat 15 minit sampainya lambat jugak. tak jadi la projek asam pedas aku tu. kira postpone la...masuk kiv list kat dalam peti ais. kalau aku rajin aku revisit la projek ni.. tak pun aku buat projek lain ke.. projek kat bazarr ker...dasar betul la kan aku ni lis...
Tuesday, September 16, 2008
IDEA
Idea di mana dikau
aku kerinduan dan..ketandusan
aduhhh... sangat risau
please idea..ubati rinduku
kau kan tahu
aku sangat perlu
jangan begini idea
jgn biarkan aku derita
datang dan jadilah bait bait bicara
kelak menjadi cerita
cerita aku
cerita kamu
cerita dunia..dan segalanya
Subscribe to:
Comments (Atom)