Monday, November 24, 2008

cherita khenduri

kenduri lagi... berapa banyak kenduri daaaa.. itu la lis.. tak habisnya hidupku ini melayan kenduri kendara..asik-asik masak jer.. yg kali ni kat rumah kampung plak.. kenduri ni menurut ulasan jurnalis mesuarat tingkap kat kg aku "kecil sedikit dari kenduri kahwin".. sbb ada khemah n jemput satu kg. tarikh kenduri sabtu 22 nov.. aku dah cuti hari jumaat lagi..khamis tu lepas kerja terus balik kg. pagi sabtu pergi pasar..balik terus buat rendang daging.. jenuh betul.. kalau harap sorang tak larat den.. nasib baik ada helper org indonesia dan beberapa org kampung. magrib baru masak rendang 20 kilo.. 

malam tu entah pukul berapa aku tido pun tak igt tapi lambat la.. then aku bangun pukul 4 pagi.. siapkan barang untuk kuah lodeh. bukan tak boleh suruh orang buat tapi aku tak bekenan kerja orang lain.. kalau diaorg potong tak ikut aku nyer spec.. mula aku boring..so baik la buat sendiri.  pukul 8 org dah dtg tolong buat kerja.. ketua tukang masak.. makcu..nasib baik makcu ada. dia masak nasik ayam, masak lodeh, goreng ayam berempah n sos. aku busy siap kan buffet..dan minuman org datang.  lebih kurang 11.30 event mula dengan bacaan doa, yassin dan tahlil. lepas tu makan.. laju smacam jer ayam goreng panassss... ramai betul org yg datang.. lepas magrib baru clear. nasib baik malam tak der org datang.. aku penat nak mam***

esoknya hari ahad org masih datang melawat mak n ayah.. almaklumlah org dah nak berangkat ke tanah suci.. k.ani n famlily dtg dekat nak petang...masa tu aku baru nak sambung menjahit beg beg haji. kenselll.. malam aku menjahit sampai pukul 12.30 malam baru tidur.  pagi ni aku kerja dari seremban la ni.. dah tak penat sangat.. lagi pun pakai baju baru..kena la semangat baru..tak boleh la lembik lembik. seronot org puji baju cantik.. 


 

No comments: