Monday, October 6, 2008

Pulang beraya..bekerja...

Hari ni aku masuk kerja tak le sepenat masa aku masuk kerja hari jumaat lepas (3 hari raya). Jumaat lepas tu aku masuk sensorang je kat ofis ni..satu bangunan ni cina n india jerr. saba je la aku haaa nak save cuti sangat kann. dah lah sunyi sepi..ofis ni plak kalau dah sunyi munyi cam tu mula la bunyi memacam..bederik sana sini..ketik sana sini.. tak tenang aku. maklumla kan dah lepas bulan ramadhan ni.. syaitan dan iblis dah lepas. he he heee

aku tak breakfast pun hari tu..lunch kat alamanda.. makan pizza. dekat nak pukul lima aku clock out. jalan tenang jerr.. balik semban balik...kembali sambung cuti raya sampai hari ahad.

so pagi tadi aku dari rumah kampung la ni. banyak benornyer cerita hari raya..nantila kot rajin rajin aku ceritala kat ko Lis.  yg masuk ofis hari ni aku Sh*da n Pr*f. biasala Pr*f banyak nau hapdet hapdetnya. seperti biasa aku n Sh*da jadi pendengar setia. Pr*f belanja makan kat Penang Village. sebelum tu pegi cold storage membeli segala green tea and decaf coffee. tu semer kerja aku la nanti tu nak membuat kopi teh bebagai. balik dari lunch tu aku buat jasmine tea..fenin kepala aku lis.. proses detox kot.. tak sedap langsung..

balik ni singgah kat kedai mamak la..."teh tarik bungkus satu"...

No comments: