Friday, January 16, 2009

as at today...

hari ni hari jumaat.. baru balik dari Almnda. aku singgah beli kek untuk Sh*dah sempena hari jadi dia yg ke 25 ker 26. masih sweet lagi minah ni. dia nampak gumbira jer.. senang hati aku tengokkan sbb lately dia byk masalah.. dia ni pulak sendiri ada masalah dia fikir org lain punya masalah pun dia fikir. 

kat tempat aku kerja ni tengah ada rombakan.. daripada unit akan di naiktarafkan kepada bahagian. pada aku ianya perkembangan yg sihat. yg membimbangkan status aku ngan kenkawan lain yg masih kontrak, walaupun permohonannya dah di hantar. satu lagi berita yg tak berapa nak shiok.. recomendation drp dr datuk tingkat 6 untuk 2 drp kiteorg agak kurang. aku tak masuk yg 2 tu..tapi kalau boleh, kite dah kerja bersama lebih dr 5 tahun tak shiok la kalau tak together-gether lagi. tempat kat unit ni pun dah di bahagi kan utk officer yg baru masuk.. bulan depan diaorg start kerja. entahlah.. kalau dah ramai...beramai-ramailah ragamnya.. aku macam jd takut plak.. macammana agaknya yer.. 

kelas di BOJ UM dah start dua minggu lepas.. adoii mak penat you.. esok ada lagi sabtu n ahad. aku cuba la study week days ni..tapi tak berapa nak masuk la.. 

Monday, January 12, 2009

sudah selamat pergi dan kembali

ngantuknya mata ku ini.. hampir nak terlelap aku tadi masa buat kerja kat library. letih sbb dari kg terus pergi kerja. cuti dua hari ni asik melayan orang dtg melawat mak ayh al*ng yg baru balik dari menunaikan haji. rasa tak best jer buat kerja mengantuk ni.. takut ada kerja yang terlepas pandang.. maklumlah kite ni berintegriti orgnya...

hari khamis lepas aku cuti sbb diaorg nak balik, sampai di klia pukul 5 pagi. dari kg aku ngan abgnsr pakai dua kereta.. aku dgn m*ra. aku tak tahu jalan ke klia jadinya aku follow je abgnsr. ikut jalan labu sendayan.. jalannya tak banyak lampu jalan tapi tak de la kena tol berbagai. ikut punya ikut sampai ke lcct instead of klia.. ler ingatkan sepert rupanya sama jer tak berapa nak tahu. nasib baik kak.is ada tunjuk jalan ke klia semula n cakap mana nak parking. lebih kurang 6.30 diaorg keluar. 

di kg dah ramai yg tunggu.. suasana jadi macam terharu juga. sarapan pagi atuk.madin baca doa selamat. alhamdulillah dah selamat pergi dan selamat kembali.then aku pun melunaskan kerja kerja semasa aku.. acara memasak makan tengahari.  sesambil tu melayan tetamu.  sampai ke hari ini masih ramai lagi tetamu yg dtg melawat.  buntil 2 bijik besar yg dikirim dah di buka.. aku dpt beberapa helai jubah. amboittt sakan depa shopping..

Wednesday, January 7, 2009

dakap tapi tak cakap

hari tukan aku jalan2. jalan tu ada dua lorong, akunyer jalan kat lorong belah bawah, dan lorong satu lagi tu belah atas. dua2 lorong ramai orang. then aku pass by dua orang lelaki tengah bercakap.. ehhh sorang tu aku kenal lah.. dia toleh kat aku... aku terberenti jalan.. dia datang kat aku plak.. then dia hulur dua2 tangan.. aku sambut tangan tu dengan dua tangan aku... dia tarik aku naik ke lorong atas tu, pas tu dia dakap aku... aku pun membalas..sambil tutup mata..nak kan feel la kan...(suker nyerr)..tapi aku heran la,  apa kes la main dakap dakap tapi tak cakap apa-apa. aku pun buka mata... cisss mimpi daaaa.. nak kata aku ingat tak ler berapa nak ingat tapi dah rezeki jumpa dalam mimpi jer..welll aku ok... kenapa la tak jadi in real life.. best sket

ni kira sama kes ngan mimpi aku tu.."semalam ku bermimpi hai dengar satu bintang berkata-kata di jendela...kulihat kanda tersenyum memandang asmara bergelora meresap ke dada... " ohhhh