Monday, November 24, 2008

cherita khenduri

kenduri lagi... berapa banyak kenduri daaaa.. itu la lis.. tak habisnya hidupku ini melayan kenduri kendara..asik-asik masak jer.. yg kali ni kat rumah kampung plak.. kenduri ni menurut ulasan jurnalis mesuarat tingkap kat kg aku "kecil sedikit dari kenduri kahwin".. sbb ada khemah n jemput satu kg. tarikh kenduri sabtu 22 nov.. aku dah cuti hari jumaat lagi..khamis tu lepas kerja terus balik kg. pagi sabtu pergi pasar..balik terus buat rendang daging.. jenuh betul.. kalau harap sorang tak larat den.. nasib baik ada helper org indonesia dan beberapa org kampung. magrib baru masak rendang 20 kilo.. 

malam tu entah pukul berapa aku tido pun tak igt tapi lambat la.. then aku bangun pukul 4 pagi.. siapkan barang untuk kuah lodeh. bukan tak boleh suruh orang buat tapi aku tak bekenan kerja orang lain.. kalau diaorg potong tak ikut aku nyer spec.. mula aku boring..so baik la buat sendiri.  pukul 8 org dah dtg tolong buat kerja.. ketua tukang masak.. makcu..nasib baik makcu ada. dia masak nasik ayam, masak lodeh, goreng ayam berempah n sos. aku busy siap kan buffet..dan minuman org datang.  lebih kurang 11.30 event mula dengan bacaan doa, yassin dan tahlil. lepas tu makan.. laju smacam jer ayam goreng panassss... ramai betul org yg datang.. lepas magrib baru clear. nasib baik malam tak der org datang.. aku penat nak mam***

esoknya hari ahad org masih datang melawat mak n ayah.. almaklumlah org dah nak berangkat ke tanah suci.. k.ani n famlily dtg dekat nak petang...masa tu aku baru nak sambung menjahit beg beg haji. kenselll.. malam aku menjahit sampai pukul 12.30 malam baru tidur.  pagi ni aku kerja dari seremban la ni.. dah tak penat sangat.. lagi pun pakai baju baru..kena la semangat baru..tak boleh la lembik lembik. seronot org puji baju cantik.. 


 

Tuesday, November 18, 2008

Pearl Concert


pagi ini aku pergi kerja dari kampung.. aff ngan ibunya sempat dtg rumah.. sempat ler peluk cium n dpt ciuman terbang dari dia. clock in lambat 7 minit. kerja spt biasa..sungguh lis..aku terpaksa admit aku tak semangat nak bekerja dgn baik sbb kan status yg tak ketentuan ni.. ekonomi nyer satu hal lagi..
belah ptg aku gegas balik sbb nak bersiap untuk pergi ke Pearl Concert Khadijah Ibrhm (my friend). singgah bukit beli dinner utk al*ng n fruit doter n aku plak makan roti telur kat kedai mamak. aku pakai baju kurung, pinjam beg glam al*ng n my fav shawl.  lepas magrib k.has dtg jemput..sampai kat dwn philharmonik ngam ngam jer..wahhh kelas guest nyer..aku macam misplace jer..rasa mcm sekadar di pinggiran jer.. guest of honor nya permaisuri agong..very d cantik you.. ramai foreigner n politician..tak nampak pun artis artis..maybe esok kot.. malam ni utk org korporatss. aku jumpa mr.g masa nak collect 
ticket.. heee rambut dier kembang dari biasa..mesti blow tu.. after muah-muahss dia bagi ticket.. org keliling tu nengok jer..mungkin dalam hati fikir "siapala budak jongos nih" elehh tak peduli janji i dapat ticket cirle okeyyy.. k.has gumbira kemain..memang dia lama mengidam dok dalam circle ni.



konsert start at 9. banyak rupanya lagu lagu kathy yg aku pernah dengar tapi tak tahu siapa penyanyi nya. rupanya my friend yg nyanyi..apa punya friend la aku ni lis.. artis jemputan spt yg diduga d.a.nawab dan ramli s. keseluruhannya aku teruja dan terasa bangga dgn usaha gigih kathy.. go girl..i'm proud of you. kathy ada dedicate lagu utk mr.g sempena b'day dia..suka la org tua tu..mesti memalu tu..knsrt tamat pukul 11.15..k.has misplace parking ticket. ada la dekat 20 minit cari dalam beg dia yg sendat dek segala mala resit n cards. 

sampai rumah dekat pukul 12 am. al*ng pulak ajak goss.. goss hangat lagi tu liss.. tapi aku macam dah boleh agak lama dah akan jadi. cumanya aku ni cuba la berfikiran positif. ni ha pasal kwn al*ng yg husbn dia failkan cerai..jantan tu dah berumur benonya..anak somebody.. tetapiii ada maslah perangaii dan tuuuuttttt.. aku dengar je..harap al*ng dpt tolong diaorng.. her family very close to al*ng.. n i'm sure they want al*ng to represent them in court. aku boleh kata "kesiannnn". benda benda begini kenkadang buat aku berfikir akan kehidupan aku tak ler teruk mana walaupun aku single.. entahlah.. 

Monday, November 17, 2008

aktiviti minggu lepas..

khamis lepas..balik kerja jer..letak bag jer terus balik kampung. hujan plak tuh.. singgah kat kfc lepas tol sg besi beli kfc.. jalan kena la hati hati sebab jalan licin. dlm kereta penuh ngan brg2 kenduri tu ari..angkut balik bawak balik kampung. 
balik pun sebab nak celebrate angah's wed anniversary. menu segera kfc and cheese cake sr. sampai kg "geng" dah siap tunggu..makan and potong cake.. AFF nan comey di luar dugaan telah membaca doa makan dari awal sampai abiss.. pelat pun pelat lah.. geram aku, rasa nak bungkus bawak balik kl jer. malam tu ingat nak balik tapi dah penat sangat so balik esok jer.

jumaat..dari kampung terus ke ptjy..clock in. sbb naik kete al*ng jadi kena ambil kereta sendiri.. nasib jalan tak jem. sarap kat melawati..(sempat tu) baru ambil keta n head to ptjy balik. tengahari.. baik punya plan nak tengok james bond..online kata ada show 12.30..cantikk lah sbb cerita tak lama sangat sempat balik b4 2.45.. sampai kat panggung show pukul 2.00.. hampess tul. makan dan bayar bil kat pejabat pos.

sabtu.. pagi pergi brisk walk ngan fruit doter. sambil tu beli la sarapan. plug kat tv buat hal plak..panggil wireman.. dah panggil tu buat je la terus itu dan ini. betulkan railing langsir and tukar kipas.. tak mo pakai rimote lagi beli yang biasa jer.. tengahari tu masak..ptg tgk tv sampai malam.

ahad.. pagi kemas rumah sket.. pegi beli barang utk bawak balik kampung..siapkan sesikit untuk buat kenduri 22 ni. kat rumah mak ni asik asik org datang jer..sampai malam..last skali makcik siti. aku jahit reben reben kat beg yg nak dibw utk haji..sbb nak bagi nampak lain dari beg org lain. beg yg besar dah siap..yg kecit jer belum siap. 

Tuesday, November 11, 2008

Susah hati

semalam aku kerja macam biasa. clock out tepat tepat. mak ada kat rumah so tak de la nak terkejar kejar nak memasak. balik kerja..pergi jalan kat kawasan sekitar perumahan.. saja nak kasi badan berpeluh. hari ni first day SPM. aku harap fruit doter aku yang sorang ni buat sehabis baik.. walaupun aku tak letak harapan yang tinggi kat dia. 
Lis.. la ni aku tengah susah hati.. semalam dua kali org tanya pasal status pekerjaan aku kat jabatan ni. sedih la bila cara diaorg bertanya tu macam kitaorg kat unit ni tak de harapan je nak diserapkan. itula impian aku yang besar, bila dah tahu cerita ni aku jadi blur.. susah nak cari pekerjaan lain sekarang. walaupun benda ni tak ada hitam putih tapi perasaan aku risau semacam jer.. nak buat kerja pun rasa macam sedih..mood down betul. 
mood tu membawak ke hari ni. apala nasib aku dan kenkawan agaknya. 

Monday, November 10, 2008

Khenduri

Ini acara aku weekend yang lepas ni.. banyak berkisar tentang "Khenduri" al*ong nak berangkat menunaikan ibadah haji tak lama lagi.. majlis ni untuk memohon maaf selain mengeratkan silaturahim sesama kawan dan jiran. 

Jumaat..

hari ni separuh hari je.. after lunch balik s'ban. sampai kat rumah mak..dia ajak pergi mangkeh kat rumah atuk abas plak.. kena la hantar dia dulu..sebabnya tak dapat nak join diaorg punya kenduri kahwin sebab mak ngan ayah nak ikut aku balik kl. 
kat rumah tolong mak buat kuah kacang, kari daging and sambal tumis udang. AFF seperti biasa kemain lasaknya la main.. tak larat nak melayan..kejap-kejap tanya "key aner..key??" (kunci mana?) Srh pulak sibuk nak tunjuk dia dapat no satu kat tadika.. yang tak sibuk MN jer. lepas magrib bertolak balik ke kl. siap rebus nasi empet then kemas kemas baru tidur...dalam pukul satu.

Sabtu

rumah kenduri al*ong.. banyak makanan yang diorder jer..nasi ayam, roti jala, karipap, kueh lapis, kueh cara berlauk, kek 3 jenis dll. disebabkan makanan banyak tak disediakan sendiri tak ler sepenat mana pun..cuma nak pastikan semua nya terhidang dengan baik..buat air, potong buah, susun meja kerusi, isi-isi kueh dan yang paling penting layan tetamu. kita org jemput kawan kawan dan jiran jiran jer.. untuk sedara mara akan diadakan pada 22 hb akan datang. Petang dalam pukul 6 lebih hantar ayah balik kampung. Fruit doter ikut sekali sebab esoknya nak hantar dia ada majlis kat hotel di ibukota. kenit kenit lagi dah ada berbagai bagai majlis segala..siap ada tema lagi black and white. lepas magrib baru minah ni teringat hadiah untuk majlis tu tak dibelinya..bengang betullah..aku dah ler penat, kalau nak tunggu esok kedai buka lambat.. malam pun malam la pergi kedai runcit jer cari hadiah.. nasib kau la. last sekali dapat lah beli pencil box n note pad mickey mouse..sedondon kaler nya. malam tu juga lak nak balut..tapi tunggu AFF tido.. kalau tak diprojeknya hadiah tu hancusss.

Ahad

"awong awong banyun wong" (maklong, maklong bangun) pelepettt kena muka aku, tampau dek tangan si kecil ni..AFF.. lepas tu dia bantai menyanyi segala nursery ryme yang dia tahu..tak bole bangun lambat sebab bising sangat. lepas sarap fruit doter dah sibuk nak bersiap-siap..seperti biasa kalau ada acara jer mesti minah ni tension.. ada jer yang tak kena.. tudung penyet la.. brooch hilang la.. macam-macam la.. tension dia tu akan menjangkit kat kite skali la.. aku pun apa lagi la.. naik suara la.. baru la dia ok..dia sengaja nak cari jalan nak menangis.. tah hapa kena tah..aku pun heran la.. 
lepas hantar dia kat hotel aku jumpa MrTan..kat um. dia belikan aku buku.. lepak minum dgn dia n sorang lagi kawan... diaorg ni dah start study.. tak bleh jadi ni.. kena start jugak lah. dalam 12 lebih aku balik ampang.. pukul 4 jemput fruit doter.. malam tengok tv jer.. bila nak studynya..kata nak start.. he he

Friday, November 7, 2008

Laksa Johor buatan orang nogori

aku notice dah blog aku ni meriah dengan gambar..nampak sangatlah aku ni tak pandai menulis..camana la org tu yang boleh tulis banyak banyak..dah tu sedap dibaca. bercakap pasal sedap ni..disebabkan aku ni menulis tak sedap aku nak tunjuk gambar yang sedap jer la kali ni. ini ha laksa johor yang al*ong masak..aku ngan yang lelain tu menolong jer.. betul punya sedap you.. tu la dia ni pandai masak tapi susah bebeno nak dapat masakan dia..3 bulan tak sekali.. ok selamat menjamu mata ok..



Wednesday, November 5, 2008

Kuku..sebelum dan selepas

kejap lagi dah nak clock out dah, sbelum tu saja je nak mengabadikan gambar kuku sebelum dan selepas di manicure. ini la first time aku buat manicure..punya la licin licau berkilat. sebenarnya ini kisah sebelum raya la ni..3 hari lagi nak raya. 



selepas 3 hari raya beginila kuku ku itu..kasar bergerigi siap ada sumbing sumbing lagi tu.. sirna serinya setelah mengerjakan 10 kilo daging rendang dan 10 ekor ayam goreng, ketupat, lemang..berbagai lauk pauk dan kueh mueh. nak bergaya dengan kuku lip lap tinggal harapan tak berapa nak kesampaian..  

Monday, November 3, 2008

Apakan daya ku

so.. aku pun dah lama tak mengirim berita di sini.. niat tu ada tapi apakan daya.. agak sibuk kebelakangan ini dengan kerja dan lain lain maslah dunia yang harus ditangani. Result peperiksaan aku dah ketahuan.. minggu lepas.. sedih nak diceritakan. frust akak.. bukan setakat menonggeng je kefrustan akak tu.. tergolek terlentang rasanya.. tapi Lis bila aku fikir balik..tak ler teruk mana.. lebih banyak yang pass dari fail.. ermmmm
aku akan berusaha lagi.. tak mo buat kerja separuh separuh. froggy class pun nak buat yang kaw-kaw punya.. mid next year ada exam menanti. ok.. nak pegi buat homework..sekarang jugak..zassss