Friday, October 24, 2008

Rumah saya... telah berjaya...



yeay.. tak sia sia lah usaha aku ni ha mencantikkan rumah sempena raya ni. rumah aku telah diumumkan dengan rasminya menjadi rumah tercantik kategori rumah papan di kampungku. menggu lepas diadakan rumah terbuka kampung..menteri besar yang sampaikan hadiah tapi tak ada pun ahli keluarga aku yang hadir.. aku kat kl melayan demam,  mak ayah along kursus haji.. angah plak pegi beraya.. mak teh yang ambikan hadiah.. dapat set periuk belanga. di sini serba sedikit pemandangan di sekeliling rumah ku itewww..




ini kat entrance.. melambai lambai bunga kertas.. nengoklah pagar tu.. klasik abiss
ini bunga mak datin.. kesayangan ibuku.. ada banyak jenis.. kecik besau.. warna pun pelbagai..



Thursday, October 23, 2008

rumah terbuka anjuran Nan* and Mi*ra (11 Oct 08)

update ni lambat sket.. bebudak ni kan dah naik skolah menengah..so nak lah joint acara rumah terbuka ni.. aku ingat depa ni tak de la mengajak datang ke rumah.. rupanya takkk.. diaorang pun menyenaraikan jugak rumah ni untuk dikunjungi.. dah lah maklang ni ha sangat rajen.. kalau tak kerana fruit doter.. hengen aku nak layan.. lagi satu ingatkan 7..8 orang rupanya habis satu kelas campur kelas lain lagi.. mak oiii.. all in all ada la dekat nak 80 orang. nasib baik la kita ni dah bersedia.. masak spegeti, nasik himpit, kek, tembikai, ayam goreng, lemang n srunding. tak ler beriya sangat.. ikut selera budak budak remaja je la.



as for the kueh mueh tu aku isikan jajan jajan.. yer la rumah bujang bukannya banyak nau kueh nya. kueh yang ada pun dah export balik kampung. yang pentingnya cik kak dua orang tu nampak happy jer la dapat ajak kawan kawan datang rumah. aku plak asyik keluar masuk mendespatch kenet kenet tu ke rumah kawan kawan lain. teringat kenangan masa kecik kecik..mak ngan ayah pun layan aku sama macam ni... sejarah berulang.
 

Tuesday, October 21, 2008

Minggu sakit.....

Lis, lama aku tak hapdet blog nih... aku kan semenjak hari ahad lepas tak sihat...bukan sikit sikit punya tak sihat.. aku sakit mata mulanya, hari isnin aku pegi keje than pegi la klinik kat ptjy ni.. dapat ubat and mc dua hari. aku pun balik..lepas makan ubat ptgnya aku start demam plak. sama naik dengan mata aku yang merah menyala..dua hari aku tido jer..aku el hari rabu..hari khamis tak kebah gak demam tu aku balik seremban.. pergi klinik rasah, doktor tu bagi ubat yg banyak dan mc lagi 2 hari.. maka lengkaplah semenggu aku tak bekerja.  

hari ni hari selasa dah ni Lis, mata aku ni masih merah merah seseket.. kerja plak meriah ni.. tak sempat nak breakfast tadi sebab nak kejar kan nak bawak naik fail before 9 am. lunch tadi kat alamanda..sesambil crettt kan duit keluar dari atm machine..sesambil terbeli majalah..sesambil terbeli buku cerita untuk sarah.. nasib baik lah.. Jam*li cepat panggil balik..kalau tidak aku mesti ter... yang lain lain lagi.

Wednesday, October 8, 2008

Rabu 081008

semalam, banyak kerja sikit. dari pagi dok busy. yang menambah kebusyan nya..sbb aku tak siapkan lagi esei utk froggy class.  sesambil buat kerja sambil online nengok translation. akhirnya sebelum pukul 3.00 siap jugak.  itupun satu jer yg siap lagi dua tu buat keras je la dalam class. elleehhh , ada jugak yg tak buat langsung..kira aku ni student mithali la..diaorg tu student menyesali...hha haa haaa...pewittt prasannya seorang aku...tres mauvais betulll
kat dalam kelas, menambah lagi kerja rumah.. tak habis yg lama dah tambah yg baru. saba je la acik. balik rumah aku lepak lepak jer..tak berkemas macam semalam. fruit doter nak ajak kawan-kawan dia dtg raya hari sabtu ni.. so aku kena la mencongak-congak..nak masak apa, nak kemas rumah, nak beli apa yg tak cukup lagi, nak balik seremban amik periuk belanga, kuali, sudu, pinggan, bekas kueh, tapes, besen. seminggu lagi kena pulang kan balik sebabnya nak menyimpan kat rumah sini memang tak de tempatnya..baik di poskan kat seremban je..bila nak pakai baru ambil.  pasu bunga mak pun nak pinjam la.. nasib baik lepas kerja ni terus balik seremban sebab pagi esok nak kena hantar ayah check up kat hospital. cadangnya nak masak simple je sebab tetamu nya yg muda remaja.. aku pun remaja jugak..remaja di akhir garisannnn...ok latu lis..
oh yaaa...mak ayah n alo*ng dah dapat tarikh pergi haji.. penerbangan agak lewat 27 Nov..baliknya 8 jan.. camana agaknya aku beraya haji tanpa mereka di sisi..uwaaaaa

Monday, October 6, 2008

Pulang beraya..bekerja...

Hari ni aku masuk kerja tak le sepenat masa aku masuk kerja hari jumaat lepas (3 hari raya). Jumaat lepas tu aku masuk sensorang je kat ofis ni..satu bangunan ni cina n india jerr. saba je la aku haaa nak save cuti sangat kann. dah lah sunyi sepi..ofis ni plak kalau dah sunyi munyi cam tu mula la bunyi memacam..bederik sana sini..ketik sana sini.. tak tenang aku. maklumla kan dah lepas bulan ramadhan ni.. syaitan dan iblis dah lepas. he he heee

aku tak breakfast pun hari tu..lunch kat alamanda.. makan pizza. dekat nak pukul lima aku clock out. jalan tenang jerr.. balik semban balik...kembali sambung cuti raya sampai hari ahad.

so pagi tadi aku dari rumah kampung la ni. banyak benornyer cerita hari raya..nantila kot rajin rajin aku ceritala kat ko Lis.  yg masuk ofis hari ni aku Sh*da n Pr*f. biasala Pr*f banyak nau hapdet hapdetnya. seperti biasa aku n Sh*da jadi pendengar setia. Pr*f belanja makan kat Penang Village. sebelum tu pegi cold storage membeli segala green tea and decaf coffee. tu semer kerja aku la nanti tu nak membuat kopi teh bebagai. balik dari lunch tu aku buat jasmine tea..fenin kepala aku lis.. proses detox kot.. tak sedap langsung..

balik ni singgah kat kedai mamak la..."teh tarik bungkus satu"...