Tuesday, March 27, 2012

RESEPI TEPUNG PISANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
garam secukup rasa (dlm 1/2 sudu kecil)
1 biji telur
air secukupnya
2 sudu besar marjerin

Cara Penyediaan :
Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Semasa marjerin mencair,pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja. Setelah marjerin cair, alihkan daripada api dan biarkan sejuk.
Satukan semua bahan kecuali marjerin dan air. Kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul. Lebih mudah dan baik hasilnya menggaul dengan menggunakan tangan. Sebab utamanya ada baking powder di dalamnya.
Ramas dengan tangan sehingga kesemua bahan menjadi sebati dan pekat. Jika kelihatan tercair, tambahkan lagi tepung gandum atau tepung beras.
Setelah adunan benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau dengan tangan sehingga sebati.

Yah ini dia puan-puan yer resepi hari ini iaitu tepung pisang goreng.. walaupun ianya bernama tepung pisang goreng boleh goreng selain daripada pisang yer... sumber resepi ini adalah daripada Hairul.com.

Selamat mencuba..

(ini kes berpuasa hari ni.. goreng pisang pun terliur... saba jer la..tak berapa jam lagi nih)

DAH LAMA SANGAT

U YOH... dah lama sangat tak update blog.. bukan tak cuba tapi from desktop tu tak boleh la.. ni try pakai laptop jer.. ok plak.. so mulai dari sekarang hapdate akan berlaku disini.. hokeh..nak buat kerja dulu then kita bermesraan semula.. chow...