..yes dapat jawapan daripada dr um semalam petang kata kelas family ada.. Alhamdulillah.. walaupun hari jumaat jer..tak kisahlah sbb boleh buat perancangan awal. Kelas adm pun ada jugak tapi tahun lepas dah ambil tak mo la ambik kat um lagi.. aku maintain la kelas kat jalan samar-samar tuh.
..o yer nak cerita la pasal minggu lepas aku pergi dng AFF ngan kakak dia ke kedai barber sbb nak potong rambut dia.. sebab perginya tengahhari jadi tak ramai la orang.. si cenonet 5 tahun tu kata dia nak rambut boleh tegak-tegak.. beradun sket la mamak tu buatnya sbb tak ramai customer..
sesambil tu aku tengok tv cerita tamil.. masa tu scene ada kakak ni bawak anak dia dalam kilang air batu then org jahat tengah kejar.. biasa la kan cerita tamil..
Pastu kakak tu nyorok-nyorok.. tetiba hp dia bunyi sbb adik dia loyer call.. dia pun bisik-bisik cakap org jahat nak tangkap dia (aku agak je la ni sbb tak faham tamil occay) si loyer ni pun satu dia jerit2 "akkkaa...akkkaa...akkkaaaa..." sambil ngamok dalam office dia..
aku punya la tak tahan tgk ketidaklogikan scene ini.. terus aku marah depan tv tuh.."hoiii panggil la polis..apa ke punya bengap la loyer nih..".. mamak gunting rambut tu terpaksa la menyabarkan aku katanya memang itu macam cerita tamil.. mamak tu kata.. nanti boleh tengok apa orang jahat ni buat pada itu akkaaa.. suspen la pulak sbb AFF ngan FM ada.. buatnya kakak tu dirape-rape dek org jahat ni kang..(adegan yang biasa dalam filem tamil) susah la aku nak explain kat budak2 ni apa yang terjadi nih..
rupanya kakak tu dicampak dek org jahat tu dalam tempat buat ais..so the pity kakak pun mati beku dalam bongkah ais.. adek loyer dia sampai lawan2 dgn org jahat..then dapat balik anak kakak dia tu.. pastu aku tak tahu la apa terjadi sbb dah habis potong rambut.. he he
tu jer la one slot of my weekend spend last week...