Thursday, August 25, 2011

25 RAMADHAN

entry yang dulu 5 ramadhan tup..tup dah 25 ramadhan. kejap jer rasanya. aku ingatkan boleh la rilex2 masa ramadhan ni.. padahalnya.. punya banyak kerja sampai masa rehat pun tak rehat. letih sangat bila dah sampai petang..
hari ni aku last kerja.. esok dah start cuti.. kueh belum buat lagi.. bahan pun takder jugak... kat rumah dah menambun barang nak bawak balik kg. plannya nak balik hari sabtu lepas subuh.
harap semuanya berjalan spt yang dirancangkan.

work wise.. walau pun busy.. rasa tak best sbb keadaan division yg belum menentu arahnya. siapa yang tinggal dan pergi pun tak tahu.. tinggal berapa unit pun tak tahu.. head of division pun tak tahu..
harapan satu lagi walaupun unit aku tak terlibat dalam dilemma ni aku cuma harap apa-apa yang berlaku semuanya untuk kebaikkan bersama.. untuk Head of Div yg akan pergi.. all the best..

Friday, August 5, 2011

LIMA RAMADHAN

dah lima hari berpuasa.. tapi gua sudah off la.. agaknya hari isnin depan on balik..hopefully la.
kerja tiada banyak.. dan apabila kerja tak banyak.. kerja ular-ularan lah yang mengambil tempatnya. petang ni balik kg.. seperti biasa...

Tan was in town this week tapi tak dapat jumpa dia sbb tak berkesempatan.. segan juga la sbb tak dapat entertain dia when he is here.. masa kat penang tu dia boleh jer jumpa aku.. next time la kot.

Monday, August 1, 2011

SATU RAMADHAN

Hari ini first ramadhan.. semalam sangatlah letih sbbnya pelbagai aktiviti..memasak dan makan. sampai ke malam masaknya tak habis-habis lagi.. tu belum kira orang yang datang rumah sbb nak melawat ayah.
pergi ke PD semalam tengok kedai baru pakcu and makcu. seronok pulak.. rasa nak berniaga jer rasanya..
bersahur pagi tadi makan nasi.. bawak kereta ke tempat kerja punya la mengantuk.. sbb wpsatu bulan ni termerah sudah pagi ni...