Friday, July 29, 2011

RAMADAN DATANG LAGI..

Malam tadi macam nak demam betul.. tapi teringat plak kata teman sekursus yang jugak biochemist.. dia kata minum air banyak-banyak or hundred plus ker so that can flush out the kuman-kuman. so aku pun buat la.. menjadi.. petang tu badan rasa dah nak confirm demam tapi dalam pukul 9 malam dah rasa ok.. tapi yerlah kan asyik ke tandas je la.
ingat kan nak mc la hari ni..sbb kan tak der alasan poie yo lah kojo.. apo nak buek laie..

baru kejap tadi berjumpaan dengan rakan yang akan berangkat ke UK. dia nak buat master kat sana. walaupun jarang dapat berjumpa rakan ini tapi bila berjumpa tu rasa rapat sangat. Aku harap dia akan sentiasa baik-baik di negara orang itu. jumpa over lunch kat P14 kedai arab. boleh tahan la rasanya tak sedap sangat pun tapi tempat nya selesa dan service ok.

berkenaan dengan PeegeeM aku dan jumpa HR. Nampaknya macam tu lah.. keputusannya muktamad.. rasa macam nak mengeluh beribu-ribu kali.. nak kedepan ker nak kebelang ker ketepi dan ketengah pun tak tahu.. main ikut-ikut orang tolak la jawabnya..

balik dari lunch tadi aku pegi canteen beli tehtarik plak.. masa tunggu air tu ada la satu brother kakitangan.. dia tanya aku sama ada aku dah diserapkan ke belum.. aku jawab la dah.. dengan 5 orang sekali.. dia siap tadah tangan kata Alhamdulillah..

aku pun terfikir .. dia pun bersyukur sbb kitaorg diserapkan..yg dan tentunya dia tak kena mengena baik kawan rapat ke, sedivision ker dan tak pernah berkerjasama dengan dia dalam apa-apa projek pun.. dia bersyukur begitu.. aku jadi terinsaf sekejap.. bersyukur lah aku ini.. bersabarlah hati ini dan reda lah ketentuan ini..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN LIS..

Wednesday, July 27, 2011

KITA BERSUA KEMBALI

Lama tak berblog. Skrg ni kat office. Heran plak boleh berblog dr sini..dah lama tak boleh masuk sini. Aku harap ko ok lis.. tengok entry kat bawah tu.. entry lara seorang aku..sedeh sampai sekarang ni.

Aku nak update pasal my father yang dah berjaya jalankan pembedahan lutut isnin lepas and was discharge on Sunday last. Aku bersyukur ianya berjalan lancar dan selamat..semoga ayah cepat sembuh.

Last week juga aku ada InduksiKhusus kat Pulojerjak. Tempat ok tapi kemudahan kureng.. Sebab dah banyak tahu jadi ceramah2 jadi tawar hambar..beza banyak dengan PersidanganR yang kita buat kat Penang last month.

HARI TAK BAHAGIA

Siang tadi mendapat khabar duka berkenaan dgn peegeeM. Naik nya sangat sedikit daripada gaji awal msk tetap. Aku tersedeh sangat. Tp terpaksa tahan sbb ada majlis yg perlu diuruskan. Aku dah give up. I don't want to talk abt it.