Friday, December 30, 2011

SALAM TAHUN BARU (2012)

tadi aku baca entry nak masuk tahun 2011..now aku sedang menulis untuk entry nak masuk tahun 2012..kalau aku recap sket entry tu sebut this year gonna be better.. isk..rasa macam tak jer.. better in term of apa pun tak tahu la.. kalau career..emm tak sangat la.. personal pun tak.. belajar pun tak (sebab fail dua paper)..

for next year yg tak berapa hari lagi ni.. azam tetap ada.. tapi jenis kecil-kecilan jerk.. bukan perniagaan jer kecil-kecilan ok. simple meaning nya azam jangka pendek yang aku dah mulakan dah sejak november 2011. contohnya nak minum air banyak dan nak mula buat exercise.. aku dah mula kan lis.. hingga kini masih bertahan.. azam yang agak medium saiz tu contohnya nak pass dua paper utk boj aku.

aku ni azam tetap ada setiap tahun tak berapa hari dah lupa.. so might as well aku buat plan jangka pendek and doable. untuk tahun depan ni kemungkinan atau hampir pasti ada kerja yang menanti..prediction ni base on projects that brought forward from this year.. tu belum lagi on the pipe line tu..which aku boleh nampak sipi-sipi nya dah tu..

semoga aku diberikan kekuatan rohani dan jasmani.. SELAMAT TAHUN BARU lis

Tuesday, December 27, 2011

RONDA-RONDA KUALA LUMPUR LAGI

haaa.. Merry Christmas.. weekend cuti bersambung sampai isnin. sekarang aku kalau balik kampung kena squad kat rumah angah. rumah yang tengah buat tu mungkin dapat duduk bulan depan di tahun depan..

sementelah ada keterlanjuran cuti ni aku pun bawak geng kenits ke kl. mandi manda dan pergi tengok wayang. kitaorang pergi di the curve.. seronok sbb dalam panggung tu org nya tak ramai and people celebrates Christmas along the kedai-kedai makan kat curve nih. orang kat sini kelas belaka.. macam nak terasa jerk..tak tau kenapa.. but at last.. i don't give it a damn to bisikan-bisikan yang mengdown kan keyakinan diri..

yang tak berapa nak seronok nya, cerita tak mari sangat.. then the kenits tertidur. balik singgah mcd drive through...

plan for next week masih on lagi.. lepak di pd..

Friday, December 23, 2011

SBPA DAN MASA DEPAN

lis..aku ni tengah tunggu taklimat.. lagi 15 minit lagi.. emmm penatnya.. bukan penat kerja sangat benarnya.. hari ni kan hari jumaat.. di kesempatan jumaat yg tak ada kerja urgent menanti (seperti tak ada kerja lain yg tak urgent gaya kenyataan ini) aku and the gang karoke pergi la berjuma peminat kami.. he he he..(perasan)
best jugak tempat karoke ni dah stail baru.. boleh order makan. jadi jimat masa.. makanan pun boleh tahan rasanya... layan lagu lama dan baru.. tak puas la.. tak tahu bila lagi boleh dapat peluang camgini..
kejap tadi pergi makan dgn shida kat p.16. sekarang ni dah ngantuk...hujan plak lagi tuh.. sedapnya kalau duduk depan tv.. ker,,, baring dalam bilik ker...
apakan daya, sbpa punya pasal aku tunggu jua dan.. demi masa depan yang........

Wednesday, December 14, 2011

TAMIL MOVIE

..yes dapat jawapan daripada dr um semalam petang kata kelas family ada.. Alhamdulillah.. walaupun hari jumaat jer..tak kisahlah sbb boleh buat perancangan awal. Kelas adm pun ada jugak tapi tahun lepas dah ambil tak mo la ambik kat um lagi.. aku maintain la kelas kat jalan samar-samar tuh.

..o yer nak cerita la pasal minggu lepas aku pergi dng AFF ngan kakak dia ke kedai barber sbb nak potong rambut dia.. sebab perginya tengahhari jadi tak ramai la orang.. si cenonet 5 tahun tu kata dia nak rambut boleh tegak-tegak.. beradun sket la mamak tu buatnya sbb tak ramai customer..
sesambil tu aku tengok tv cerita tamil.. masa tu scene ada kakak ni bawak anak dia dalam kilang air batu then org jahat tengah kejar.. biasa la kan cerita tamil..
Pastu kakak tu nyorok-nyorok.. tetiba hp dia bunyi sbb adik dia loyer call.. dia pun bisik-bisik cakap org jahat nak tangkap dia (aku agak je la ni sbb tak faham tamil occay) si loyer ni pun satu dia jerit2 "akkkaa...akkkaa...akkkaaaa..." sambil ngamok dalam office dia..
aku punya la tak tahan tgk ketidaklogikan scene ini.. terus aku marah depan tv tuh.."hoiii panggil la polis..apa ke punya bengap la loyer nih..".. mamak gunting rambut tu terpaksa la menyabarkan aku katanya memang itu macam cerita tamil.. mamak tu kata.. nanti boleh tengok apa orang jahat ni buat pada itu akkaaa.. suspen la pulak sbb AFF ngan FM ada.. buatnya kakak tu dirape-rape dek org jahat ni kang..(adegan yang biasa dalam filem tamil) susah la aku nak explain kat budak2 ni apa yang terjadi nih..
rupanya kakak tu dicampak dek org jahat tu dalam tempat buat ais..so the pity kakak pun mati beku dalam bongkah ais.. adek loyer dia sampai lawan2 dgn org jahat..then dapat balik anak kakak dia tu.. pastu aku tak tahu la apa terjadi sbb dah habis potong rambut.. he he

tu jer la one slot of my weekend spend last week...

Monday, December 12, 2011

KELAS ADM TELAH BERMULA

...aku fail dua paper..admt and family..cisss sungguh la.. pulaknya dua-dua tu tak dioffer kan kelasnya for next year.. lagi lah ciss..
memang aku dah janji dengan zah akan ambil kelas adm kat luar je tahun ni.. so kitaorang pun ambil la adm kat jalan samar-samar tu.. memang seksa la parking.. nasib la kelas sabtu petang.. kalau hari bekerja la.. ampun..
kitaorang dah terlepas satu bulan.. so start bab baru .. agak faham sket la mamat ni ajar.. patut ramai yang dia ajar tu pass.. aku jugak la yg melepas

tu ari aku dah memuet kan diri aku.. tengah bedebar ni tak lama lagi dapat result.. aku tengok kat website result keluar on 23 Dis.. hishh tak lama lagi tuh..

Wednesday, December 7, 2011

WAHHHH...SUDAH DEC 2011

wahh lamanya tak berblog.. nak tulis apapun dah tak tahu.. maklumla banyak sangat nak cerita tapi tak tercerita..(sebenarnya tak tahu menulis.. admit it jer la)
towards the end of the year.. busy sangat giler...
tapi singgah jugak menjengah.. takut lelama blog ni semakin lemau dan tup-tup tak bleh bukak lagi..

Thursday, October 20, 2011

KURSUS OH KURSUS

tu dia tajuk entry.. macam drama komedi kan.. tapi yang ni bukan cereka this is real life story. aku kena attend kursus meningkatkan keyakinan diri. kursus ni lain daripada yang lain.. ia meningkatkan iq dan eq meaning kursus ni membalancekan those two elements la.. sangat stress from day 1 to 3 and on top of that ada exam yang aku sure fail.. aku tak nampak kesan immediate to myself but as i am orangnya sabar so i can wait tunggu kesan positip nya..
Lis...tunggu..occay i hapdet next time...chow

Wednesday, October 12, 2011

TESTinggg

trittttt...testing..testing..123..

Monday, October 10, 2011

TUKAR DESIGN..TER..TUKAR ACTUALLY

tu la aku ni kan suka sangat la menerai-nerai.. kan dah tertukar desingn macam ni..

Tuesday, September 6, 2011

UPDATE DI SYAWAL KE LAPAN

hari ni dah hai ke lapan raya.. aku dah start kerja since last friday.. penat lagi ada sikit-sikit la.
masa satu dua hari raya tu ada la dekat nak 500 org datang kot termasuk budak-budak.. aku tak tahu mana nak letak diaorg semua tu.. ramai sesangat sangat. penat jangan cerita la..
cadangnya nak update gambar kat blog ni.. tapi nengok la dulu kot berkesempatan.

aku dapat la buat kueh cornflakes dua kotak besar and sebijik kek oren.. tu semua buat dalam satu hari..

Thursday, August 25, 2011

25 RAMADHAN

entry yang dulu 5 ramadhan tup..tup dah 25 ramadhan. kejap jer rasanya. aku ingatkan boleh la rilex2 masa ramadhan ni.. padahalnya.. punya banyak kerja sampai masa rehat pun tak rehat. letih sangat bila dah sampai petang..
hari ni aku last kerja.. esok dah start cuti.. kueh belum buat lagi.. bahan pun takder jugak... kat rumah dah menambun barang nak bawak balik kg. plannya nak balik hari sabtu lepas subuh.
harap semuanya berjalan spt yang dirancangkan.

work wise.. walau pun busy.. rasa tak best sbb keadaan division yg belum menentu arahnya. siapa yang tinggal dan pergi pun tak tahu.. tinggal berapa unit pun tak tahu.. head of division pun tak tahu..
harapan satu lagi walaupun unit aku tak terlibat dalam dilemma ni aku cuma harap apa-apa yang berlaku semuanya untuk kebaikkan bersama.. untuk Head of Div yg akan pergi.. all the best..

Friday, August 5, 2011

LIMA RAMADHAN

dah lima hari berpuasa.. tapi gua sudah off la.. agaknya hari isnin depan on balik..hopefully la.
kerja tiada banyak.. dan apabila kerja tak banyak.. kerja ular-ularan lah yang mengambil tempatnya. petang ni balik kg.. seperti biasa...

Tan was in town this week tapi tak dapat jumpa dia sbb tak berkesempatan.. segan juga la sbb tak dapat entertain dia when he is here.. masa kat penang tu dia boleh jer jumpa aku.. next time la kot.

Monday, August 1, 2011

SATU RAMADHAN

Hari ini first ramadhan.. semalam sangatlah letih sbbnya pelbagai aktiviti..memasak dan makan. sampai ke malam masaknya tak habis-habis lagi.. tu belum kira orang yang datang rumah sbb nak melawat ayah.
pergi ke PD semalam tengok kedai baru pakcu and makcu. seronok pulak.. rasa nak berniaga jer rasanya..
bersahur pagi tadi makan nasi.. bawak kereta ke tempat kerja punya la mengantuk.. sbb wpsatu bulan ni termerah sudah pagi ni...

Friday, July 29, 2011

RAMADAN DATANG LAGI..

Malam tadi macam nak demam betul.. tapi teringat plak kata teman sekursus yang jugak biochemist.. dia kata minum air banyak-banyak or hundred plus ker so that can flush out the kuman-kuman. so aku pun buat la.. menjadi.. petang tu badan rasa dah nak confirm demam tapi dalam pukul 9 malam dah rasa ok.. tapi yerlah kan asyik ke tandas je la.
ingat kan nak mc la hari ni..sbb kan tak der alasan poie yo lah kojo.. apo nak buek laie..

baru kejap tadi berjumpaan dengan rakan yang akan berangkat ke UK. dia nak buat master kat sana. walaupun jarang dapat berjumpa rakan ini tapi bila berjumpa tu rasa rapat sangat. Aku harap dia akan sentiasa baik-baik di negara orang itu. jumpa over lunch kat P14 kedai arab. boleh tahan la rasanya tak sedap sangat pun tapi tempat nya selesa dan service ok.

berkenaan dengan PeegeeM aku dan jumpa HR. Nampaknya macam tu lah.. keputusannya muktamad.. rasa macam nak mengeluh beribu-ribu kali.. nak kedepan ker nak kebelang ker ketepi dan ketengah pun tak tahu.. main ikut-ikut orang tolak la jawabnya..

balik dari lunch tadi aku pegi canteen beli tehtarik plak.. masa tunggu air tu ada la satu brother kakitangan.. dia tanya aku sama ada aku dah diserapkan ke belum.. aku jawab la dah.. dengan 5 orang sekali.. dia siap tadah tangan kata Alhamdulillah..

aku pun terfikir .. dia pun bersyukur sbb kitaorg diserapkan..yg dan tentunya dia tak kena mengena baik kawan rapat ke, sedivision ker dan tak pernah berkerjasama dengan dia dalam apa-apa projek pun.. dia bersyukur begitu.. aku jadi terinsaf sekejap.. bersyukur lah aku ini.. bersabarlah hati ini dan reda lah ketentuan ini..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN LIS..

Wednesday, July 27, 2011

KITA BERSUA KEMBALI

Lama tak berblog. Skrg ni kat office. Heran plak boleh berblog dr sini..dah lama tak boleh masuk sini. Aku harap ko ok lis.. tengok entry kat bawah tu.. entry lara seorang aku..sedeh sampai sekarang ni.

Aku nak update pasal my father yang dah berjaya jalankan pembedahan lutut isnin lepas and was discharge on Sunday last. Aku bersyukur ianya berjalan lancar dan selamat..semoga ayah cepat sembuh.

Last week juga aku ada InduksiKhusus kat Pulojerjak. Tempat ok tapi kemudahan kureng.. Sebab dah banyak tahu jadi ceramah2 jadi tawar hambar..beza banyak dengan PersidanganR yang kita buat kat Penang last month.

HARI TAK BAHAGIA

Siang tadi mendapat khabar duka berkenaan dgn peegeeM. Naik nya sangat sedikit daripada gaji awal msk tetap. Aku tersedeh sangat. Tp terpaksa tahan sbb ada majlis yg perlu diuruskan. Aku dah give up. I don't want to talk abt it.

Wednesday, February 16, 2011

FEBRUARY DI TENGAH

Ni dah tengah bulan feb.. kejap sangat masa berlalu. kehidupan agak padat dengan jadual kehidupan yang biasa-biasa ajer. Kerja dah semakin banyak dan kelas di um pun dah bermula. tahun ini akan jadi tahun akhir..mesti punya..tak mau fail-fail...dah penat...
Pergi mana-mana pun ingat belajar..alangkah baiknya semangat ni kalau dari first year tu ari.. skrg dah rasa camner tensionyer nak ngabiskan belajar..tak sabar sangat sangat.

Friday, January 21, 2011

JANUARI 2011

Januari ni agak penuh dgn segala macam..jadual padat dgn perkara-perkara yang sama macam tahun lepas.. aku rasa macam ada semangat baru nak jadi lebih teratur.. dan yg paling penting ialah tahun ni boleh-boleh aku nak abiskan BOJ aku tu.. loteh la.. dah dekat nak 5 tahu dah ha..

Kelas pun dah bermula..aku akan cuba nak study berdikit-dikit..harap-harap lama-lama jadi bukit la..jgn lama-lama tak der langsung sudah la..

Kerja .. macam tu jugak la.. status dah ok.. gaji plak ko.. bulan pokai abis acik..

Tahun baru ni rasa macam best jer..