Monday, December 27, 2010

RONDA-RONDA KUALA LUMPUR

Skuad Ronda-ronda kali ini ke KL..hari khamis yang lepas, dari MTD terus ke Villa D. Havoc rumah gua..tapi its fun having them around although crowded ngan orang dan segala macam barang-barang. Cousin dtg..kita makan pizza jer.

Jumaat - skuad lepak kat rumah jer and turun mandi kat kolam.
Sabtu - ke Petrosains.. best sbb first time bawak diaorg ke Petrosains ni..ada la sedikit kegayatannya..AFF banyak penakut..but the brother and sister sgt sporting. Tengahari ke Hotel Royale C, cantik sangat... rehat and makan bekal nasik lemak beli tepi jalan pas tu suruh depa tidur. Petang sikit baru turun mandi-mandi kat kolam. Malam menapak pergi PVLn.. malam hari natal la katakan.. kemain warga kota menyambutnya..aku apa akal, makan kat hotel mahal..ko tak maleh den nak dtg situ. Tapau nasi ayam..lepas makan semua dozz off.

Ahad - skuad bertolak balik ke Sban..

Tuesday, December 21, 2010

GUA BERANI

semalam adalah catatan sejarah buat aku..jeennggggggg...
aku telah bercakap di depan org ramai..dalam meeting...jenggggggg..
bercakap dengan orang no satu di tempat ini..jengggggg..
walaupun cuba control suara jgn mengigil tapi mengigil jugak..jenngggggg
tapi bila lagi nak test power..jenngggg
dah lepas cakap tu rasa lega..jengggggggggg

rupanya jawapan yg aku dapat hampehhhhhhhhhhhh

Friday, December 10, 2010

INTERNET CONNECTION

Gerammnya internet connection kat ofis ni macam ******...nak buat kerja pun susah la macam ni..kejap ni ada nanti kejap lagi kejung..dengan pc-pc sekali...

Friday, December 3, 2010

BLOG SCRAPBOOK ORG

hari ni aku tak pergi jalan spt hari kebiasaan pada hari jumaat.. dah lambat n rasa malas plak..skrg ni time cuti sekolah so nak masuk kat mall tu kena baris panjang so jadi la termalas.. ptg karang masa on d way balik singgah kejap la sbb nak bwk keluar duit..
hari ni rasa nak berblog hop..so lama tak layan blog org suka scrapbook..kejap tadi ada la selam-selam sket in btw buat kerja.. memang impress betul la kegigihan org2 buat scrapbook ni. aku ni jer yg tak menjadi apa-apa pun.. tak ada interest langsung..that is why maybe ramai org agaknya find me not interesting.. whatever la.
so lis salam jumaat.. see ya next week..

Thursday, December 2, 2010

UPDATE RINGKAS HUJUNG TAHUN

dah bulan duabelas..penghujung tahun..rasa kejap sangat..
tak banyak yg menarik yg boleh dingatkan dalam tahun ni..cuma satu dua perkara jer la. yg penting dalam kerjaya macam dapat permenent but still tengah fight for a few things yg tak settle lagi.
as for pelajaran.. ada la progress nya.. ada 4 subjek lagi for next year..sbbnya dah terkantoi satu subjek tahun ni. overall gred baik..dah kat hujung baru la nampak bayang a dan b.
personal life masih mengekalkan status quo..single..
prediction untuk tahun depan will be sangat sibuk.. oh ya talking abt prediction kan..baca buku Liliantoo abt fengsui.. wahhh next year gonna be better than this year.. wait and see jer la..suka tau baca buku macam ni..jgn terpengaruh lebih lebih dah lah eh..