Monday, December 27, 2010

RONDA-RONDA KUALA LUMPUR

Skuad Ronda-ronda kali ini ke KL..hari khamis yang lepas, dari MTD terus ke Villa D. Havoc rumah gua..tapi its fun having them around although crowded ngan orang dan segala macam barang-barang. Cousin dtg..kita makan pizza jer.

Jumaat - skuad lepak kat rumah jer and turun mandi kat kolam.
Sabtu - ke Petrosains.. best sbb first time bawak diaorg ke Petrosains ni..ada la sedikit kegayatannya..AFF banyak penakut..but the brother and sister sgt sporting. Tengahari ke Hotel Royale C, cantik sangat... rehat and makan bekal nasik lemak beli tepi jalan pas tu suruh depa tidur. Petang sikit baru turun mandi-mandi kat kolam. Malam menapak pergi PVLn.. malam hari natal la katakan.. kemain warga kota menyambutnya..aku apa akal, makan kat hotel mahal..ko tak maleh den nak dtg situ. Tapau nasi ayam..lepas makan semua dozz off.

Ahad - skuad bertolak balik ke Sban..

Tuesday, December 21, 2010

GUA BERANI

semalam adalah catatan sejarah buat aku..jeennggggggg...
aku telah bercakap di depan org ramai..dalam meeting...jenggggggg..
bercakap dengan orang no satu di tempat ini..jengggggg..
walaupun cuba control suara jgn mengigil tapi mengigil jugak..jenngggggg
tapi bila lagi nak test power..jenngggg
dah lepas cakap tu rasa lega..jengggggggggg

rupanya jawapan yg aku dapat hampehhhhhhhhhhhh

Friday, December 10, 2010

INTERNET CONNECTION

Gerammnya internet connection kat ofis ni macam ******...nak buat kerja pun susah la macam ni..kejap ni ada nanti kejap lagi kejung..dengan pc-pc sekali...

Friday, December 3, 2010

BLOG SCRAPBOOK ORG

hari ni aku tak pergi jalan spt hari kebiasaan pada hari jumaat.. dah lambat n rasa malas plak..skrg ni time cuti sekolah so nak masuk kat mall tu kena baris panjang so jadi la termalas.. ptg karang masa on d way balik singgah kejap la sbb nak bwk keluar duit..
hari ni rasa nak berblog hop..so lama tak layan blog org suka scrapbook..kejap tadi ada la selam-selam sket in btw buat kerja.. memang impress betul la kegigihan org2 buat scrapbook ni. aku ni jer yg tak menjadi apa-apa pun.. tak ada interest langsung..that is why maybe ramai org agaknya find me not interesting.. whatever la.
so lis salam jumaat.. see ya next week..

Thursday, December 2, 2010

UPDATE RINGKAS HUJUNG TAHUN

dah bulan duabelas..penghujung tahun..rasa kejap sangat..
tak banyak yg menarik yg boleh dingatkan dalam tahun ni..cuma satu dua perkara jer la. yg penting dalam kerjaya macam dapat permenent but still tengah fight for a few things yg tak settle lagi.
as for pelajaran.. ada la progress nya.. ada 4 subjek lagi for next year..sbbnya dah terkantoi satu subjek tahun ni. overall gred baik..dah kat hujung baru la nampak bayang a dan b.
personal life masih mengekalkan status quo..single..
prediction untuk tahun depan will be sangat sibuk.. oh ya talking abt prediction kan..baca buku Liliantoo abt fengsui.. wahhh next year gonna be better than this year.. wait and see jer la..suka tau baca buku macam ni..jgn terpengaruh lebih lebih dah lah eh..

Thursday, November 4, 2010

SUDA LA LU...

wahhh lamanya tak update blog..hampir tak kenal blog sendiri..apa cerita ni.. tak ada cerita la kan..dasar pemalas..berangan jer lebih..-apa lagi lis cakap jer sesuka hatimu...

Wednesday, September 29, 2010

TUKAR TEMPLETE JER KEJENYE

rasanya aku dah banyak tukar templete dari update blog.. suka sgt.. kejap jer dah tak puas hati.. nampak sangatla mementingkan display daripada quality blog.
D la ni selalu call and sms.. tah hapa penyakit la..time kita dah takmo lagi fikir-fikir baru jam tu la nak buat semua tu. aku layan jer lah.. even tak sepenuh hati dan tak harap langsung. dulu ada la nak mengharap-harap..now nih teruskan jer la kehidupan yang selesa begini. lagipun d ni satu perangai nyer ialah akan senyap balik lepas segala macam janji manismu..i bet.. w'll see lis..

Tuesday, September 28, 2010

AIDIL FITRI 2010


AIDIL FITRI 2010..gambar di atas ni rumah di kampung.. sempoii jer.. tapi bila dalam gambar jadi macam ada tren english country plak.. tu semuanya taste bondaku yang kerawang..
Seperti raya tahun-tahun lepas..kesibukkan..kemeriahan..keriangan..kepenatan..sama jer..
cuma harapannya segala yang dilalui itu memberi keberkatan untuk perjalanan hidup yang mendatang..

Friday, August 20, 2010

ARJUNA LAGI...

update ni dari rumah jer.. baru pukul lapan pagi.. tgh lepak sementara nak tunggu workshop buka. Arjuna buat hal lagi.. beberapa hari ni aku notice bila bawa dia ada satu macam bunyi..igtkan bunyi break.. tapi takkan la bunyi break sbbnya tak break pun berbunyi.. berat ni.
so pagi ni subuh-subuh shafie lagi dah sms TKBR kata nak time off..n email handai taulan yang berkenaan utk update kerja.

nak off pergi mandi n kemas rumah sket la.

Wednesday, August 18, 2010

CATATAN RAMADHAN 2010 (1)

Hari ni aku selsema yang teruk.. sakit idung la..dok sot set sot set. tadi pergi MJ sale kat sebelah ofis.. sempat la rembat mana-mana yang patut jer.. maklumlah ongkosnya tak banyak. Tapi esok pergi lagi sbb tadi tak habis reki... he he..

Hari ni plannya nak buat macaroni goreng. Bahan-bahan dah ada kat rumah. Sekarang ni petang-petang hujan..kesian peniaga bazar ramadhan yang pengunjungnya kurang. Ramadhan tahun ni aku rajin memasak.. masak yg simple jer. kalau senang nanti nak post kan gambar kat sini.

Adoii.. hidung ni buat aku rasa pening-pening la.. tapi masa ka MJ sale tadi tak der plak pening..tiba ofis jer baru pening... mungkin kena pergi MJ tu lagi la...harus tuh...

Monday, August 9, 2010

MENCARI PENAWAR

Semalam aku pergi ke klinik pakar kulit di tengah2 bandar Sban. Nak cuba la mencari penawar kepada sakit gatal2 kulit yang aku hidapi lebih kurang 18 tahun. lama tu.. sakit tu come and go. harap harap ianya memberi kesan yang positif.. kalu tak ia akan memberi kesan negatif kepada poket.. sangat tidak berbaloi-baloii..

Friday, August 6, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN

lagi beberapa hari lagi 1 Ramadhan.. aku baru balik drp ceramah berkenaan ramadhan ni.. aku kena sangat-sangat bersederhana bulan ni dan bulan-bulan akan datangnya sebab gaji yang diterima sangat ciput.. pelarasan gaji akan ambil masa berbulan-bulan. Gayanya begundah gulana jugalah aku berbulan-bulan lamanya.. mungkin kah boleh bertahan??? nak jawabpun aku rasa macam tak ada perasaan.

Selamat datang Ya Ramadhan....

Tuesday, August 3, 2010

OH ARJUNA

Post kali ni nak cerita pasal arjuna daku yang disodom dek sang durjana di mrr2. Butir-butirnya adalah seperti berikut
tarikh : 27 april 2010
jam : 7.10 pagi
tempat : berdekatan dengan bandar tun razak.
jumlah kereta yang terlibat : 4 (aku yang depan sekali)
kerosakan : bumper terebeh dan but tak bleh buka
masa yang diambil untuk di baiki : 3 setengah hari
geram : sangat-sangat tapi bernasib baik sebab tiada kecederaan tubuh badan.
sebab kejadian : kereta yang ke-empat dipandu melulu dan tidak sempat break.

Monday, August 2, 2010

2nd AUGUST 2010

Lis..singgah dan buat templete baru untukmu..

Sunday, March 28, 2010

HUJUNG MAC 2010

Skali lagi update dah hujung bulan. study aku daya kan jugak la. pasal kerja, emmm semakin banyak nampaknya sampai tak tahu nak buat yg mana dulu.
SPA call sendiri suruh isi borang.. slama ini kita salah isi borang..tak tahu plak.. org sumber manusia tak bagi tau.. org SPA tu cakap dah banyak kali terlepas peluang sbb nama tak masuk. aku dah agak dahhhh.. lepas ni ada interview dalam masa yang terdekat.. asik terdekattt jer..

aku jadi mentee kepada seorg mentor yang aku tak berkenan.. bila ada sessi dengan dia aku jadi pening kepala.. dalam hati berkata-kata memacam.. tak baik sunggguh.. aku taw ramai yg tak suka dia termasuk aku, harapnya aku maintain kerahsiaan sessi ni. nak jaga hati dan mulut ni bukan senang.. takut terrrrr...

Thursday, March 11, 2010

PERTENGAHAN BULAN MAC

kannn.. dah kata dah masa skarang ni kejap je.. tetiba jer dah tengah bulan dah ni.. lama tak update ni rasa macam tak biasa plak. okey.. kita buat update style point-point.. see how..
  • smalam kelas pertama froggy.. pergi bodoh sajer-sajer. cikgu suruh pekenal diri pun termangu-mangu.. sampai sakit kepala nak buat ayat.
  • kerja tak ada yg urgent sangat.
  • kelas di um.. masih belum study.. rasa macam nak panic.. tapi bila dah ngadap tv, okey lagi.. dasar pemalas aku ni.
  • badan dah growing side way.. teruk betul.. ada la beberapa hari dalam minggu ni buat exercise.. harap berkekalan lah sbb dah teruk sgt keadaan badan aku ni.
till then.. jumpa kamu lagi lis..

Monday, March 1, 2010

1 MAC 2010

haaa dah bulan mac!!!!!!!!!!! oh no

Saturday, January 16, 2010

A GOOD START

hi Lis.. aku skrg bersiaran dari rumah. minggu ni tak balik kg so kesorangan kesepian la aku malam ni. pagi tadi aku pergi jalan ke kedai mamak..adoii lama tak jalan penat gilerrr. Apa akal la dah berazam berbagai nak turunkan berat badan.. azam yg azab namanya nihhhh

aku rasa macam tahun ni dimulakan dengan banyak event yang menarik dan baik. contohnya aku dah habis bayar hutang aku kat HLBK. Lega..aku juga harap loan bank untuk beli rumah diproses dengan cepat. satu lagi berita baik yang aku dapat tahu ialah akan ada interview untuk proses serapan perjawatan dalam masa yang terdekat ni. panel interview tu aku dah tahu. walaupun interview ni conduct to fulfill the formaliti sajer tapi rasa takut jugak la kalau tak buat dengan baik. ada lagi berita baik baru jer dapat tadi bila angah call petang tadi bagitau abg.izt dpt masuk MTD.. ok la kan.. walaupun dia tak rapat sgt dengan aku maklumlah budak remaja lelaki tapi aku rasa macam cita2 aku nak tgk dia masuk MTD dah tercapai.. satu cabaran baru bermula untuk dia dan aku sentiasa mendoakan dia dari jauh. Fnana mesti tertekan sekarang ni sbb abg dia dah dapat result elok dan dah boleh masuk sekolah berasrama.

Esok kelas islamic law 2 bermula..kelas pertama di UM for this year. tahun ni cadangnya nak ambil 2 kelas jer kat UM tapi tgk la dulu. Hari khamis lepas aku attend kelas kat bfield. mengantuk tak tahan tapi aku kuatkan hati aku la..sbb aku tak study langsung. kalau tak ambil kelas tu takut fail lagi international aku ni.

Tuesday, January 5, 2010

IT'S NEW YEAR

Hi Lis...ini tahun baru 2010.. dah dua hari aku start kerja. kira macam rajin jugak la walaupun tak ada extra volunteer work..
Azam tahun baru ni nak turunkan berat badan.. dah beberapa tahun punya azam dah ni.. tak pe.. masih bertahan lagi. baju yang aku tempah tailor tu dah buat terkecit.. benci betul.. slebet sungguh la. ini la first time dia buat salah.. my sis kata tailor tu dah tak berapa betul sangat.. kesian pulak. jadinya aku tak jadi nak marah dia.. as a result aku buat kan baju2 tu sebagai cabaran azam aku la.. kita akan sama2 tunggu dan lihat occayyyy.
facebook dah kena block kat office ni.. sunyi sket hari-hari kerja aku ni lis..tapi nak buat camana? macam la kita nak sangat bergayut kat fb tu.. busan betull...