Friday, September 25, 2009

HARI RAYA, AKU BEKERJA..


Ini adalah hasil keboringan aku yang telah masuk bekerja pada hari raya yg ke-empat.. penin kepala.. mati kutu.. hari raya ke-lima aku puasa sunat.. tengahari aku balik ke ampang.. rumah di serang dek mak menti.. geram sungguh.. markas utama - bilik aku.. telah dikeroyokin.. aku pasang perangkap sebelum cuti hari raya tapi tak kena.. so aku ubah perangkap tu ke dalam bilik aku.. tgklah camana.. aku kena balik awal hujung minggu ni sebab nak kena kemas bilik.. apalah yg berlaku agaknya di bawah katil aku tuh..
hari ni hari raya yg ke-enam.. sebab tak sahur tadi..aku malas nak puasa.. mungkin sambung next week je la.. pergi almda for lunch.. tak der apa nak cari and duit pun rap-rap jer tak berapa mood la nak nengok2 barang.

Friday, September 11, 2009

MINGGU KE TIGA BERPUASA


minggu ni sibuk berbuka di luar.. mulanya hari isnin jumpa lily.. masa kerja aei.um dia ni kawan seperjalanan naik lrt.. dia dok keramat.. baik budaknya. skrg dia dah jadi cikgu dan dah nak kawin dah.. aku sebenarnya nak dia bercerita pasal bakal suaminya..yg jadi nya aku plak kena bercerita pasal diri aku sbb dia yg banyak tanya.. dulu masa sama-sama single aku bercerita sesuka hati tapi memandangkan sekarang ni dia dah nak kawen aku tapis jugalah cakap2 aku.. takder lah aku nak ngutuk lelaki lelebih..takut dia kecit hati plak.
hari selasa plak ada berbuka dgn geng froggy and cikgu +his wife kat lake club ptjy. makanan ok and the ambiance pun cosy kat tepi tasik and angin sepoi-sepoi bahasa. perasaan nak makan banyak tu memang ada tapi tak larat sebab puasa ni cepat nau kenyangnya. seronok.....time kerja tak dapat nak berbual sangat.. kat sana baru dapat berkenal-kenalan. pukul 9 lebih sikit baru balik..

Friday, September 4, 2009

MINGGU KE DUA BERPUASA

Lis..hari ni aku tak puasa..kemungkinan besar hari ni last lah tak puasanya sebab dah hari ke-enam. tak best betul tak puasa..nasib baik ada kenkawan yg memahami yg tolong carikan makanan di siang hari..lagipun minggu ni aku banyak buat kerja kat luar so berlakulah singgah menyinggah kat McD drive through.
Minggu ni jugaklah ada berbuka di jabatan..tapi tahun ni tak ada anak-anak yatim yang diraikan seperti tahun tahun lepas. since aku tak puasa dan tak boleh sembahyang aku joint amin-aminkan dan joint masa makan.
Gathering untuk bersama kelas froggy tangguh minggu depan so minggu depan ada dua majlis aku kena pergi satu lagi dengan geng-geng joe kat rumah anak yatim hari sabtu depan.
Kueh mueh dan kerepek dah settle kan ordernya tinggal nak collect jer..tu pun dah ada yang sampai..terus aku masukkan dalam kereta nak eksport terus balik kampung.
Baru kejap tadi aku tukar bateri kereta aku..sejak berkenalan dengan arjuna tu aku tak pernah lagi tukar baterinya. tadi aku mintak kenkawan ofis ni yg tukar kan.. tukar bateri awal lagi.. walaupun arjuna tu tak buat hal..tapi dah macam nak selsema jer masa nak start dia.
Lis kalo ko perasan kan.. aku cerita bab duniawi jer..sungguh memang bulan ramadhan.. sibuk bersiap untuk raya jer.. ibadah puasa amat kurang sangat..tu pun masih mampu berangan nak mencari malam Lailatul qadar...chesss