Monday, August 24, 2009

HARI KE TIGA RAMADHAN

dah masuk hari ke tiga berpuasa.. 2 hari yang lepas dapat lah berpuasa dengan family kat kampung. tadi ni pun datang kerja dari kg jugak lah. tak fikir sgt nak pergi ke bazaar ramadhan. try buat daging dendeng..menjadi juga..so boleh lah dimasukkan ke dalam menu raya nanti. bila dah kat kl ni..mulalah kena mengadu nasib kat bazaar n kedai mamak kat mana-mana tuh. cuti sekolah seminggu ni fruit doter dah exsport ke kg jugak.. jadi tak berapa nak terkejar-kejar sgt nak balik rumah..bujang katakan.
bulan ramadhan ni bila bab terawih tu aku teringat masa belajar di gombak.. berterawih bersama kekasih gelapku.. he he he.. those we the days i cherish most.. isk rasa sedih plak..tahan..tahan..nanti batal puasa..isk..isk

Friday, August 21, 2009

DARI JENDELA INI

Esok umat Islam akan mula berpuasa.. alhamdulillah aku sempat menghabiskan puasa ganti aku.. seronok rasanya. tadi pergi almd..pergi awal sebab dah agak dah ramai akan menyerbu dan parking akan bakal susah. aku sebenarnya dah start beli keperluan raya rumah sendiri, mak n rumah angah sejak dua minggu lepas lagi. bukan lah yang besar-besar yg kecit jer macam langsir, alas alas meja, tempat kuih, gelas2.. tu semua tak mau lah last-last minute. aku pergi
sorang jer hari ni.. aku balik cepat lepas makan kat kenny rogers.
Kat bawah ni gambar yang di snap daripada work station aku.. saja nak mengabadikan gambar kat sini.. dah lama tak letak-letak gambar kat blog. baru kejap tadi tuan.osmn masuk to say goodbye sbb dia nak ke UCLA sambung masters for a year. nice... so for me.. i just stare at the window watching time goes by... uncertainty hurts...hmmmm

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN 2009

Majlis konvo yg aku sibuk-sibuk tu dah berjalan lancar hari sabtu lepas.. all in all semuanya ok.. ada sikit cacat tapi tak nampak sangat pun.
Hari ni masuk hari ke lima aku berpuasa.. esok kalau tak ada apa aral aku puasa yg last. hari khamis nak nengok anak bulan.. kira rap-rap je la hari gantinya.
aku macam bersemangat nak sambut bulan ramadhan ni.. nak dapatkan pahala banyak-banyak.. insyallah.

Thursday, August 13, 2009

Minggu konvokesyen..

hari ni puasa.. dah tiga hari aku puasa ganti.. aku ada masa minggu ni and minggu depan jer..sempat lagi rasanya sebab tinggal lagi tiga hari jer. tu la aku ni bertangguh tangguh.. ada jer sebab musababnya yang aku tak boleh puasa.. kebanyakkannya sebab busy dgn kerja-kerja duniawi. dulu aku rajin berpuasa.. puasa ganti ni enteng jer.. puasa sunat berlambak-lambak.. dah jauh aku ni dek keduniaan ni.. tak boleh jadi betul lah.
minggu ni aku sibuk dengan kerja konvokesyen untuk pegawai yang grad masters drp university dari australia. ni la first time nyer buat kerja-kerja konvokesyen.. spt biasa arahan dapat hari jumaat lepas n majlisnya sabtu minggu ni.. terkejar-kejar akak dibuatnya.
kak.nor call tadi dia kata dia konvo esok.. dapatkah aku konvo dalam masa terdekat ini.. sangat besar harapan di hati..ermmm

Wednesday, August 5, 2009

Apa khabar kau di sana...lama sudah tak berjumpa..

Aku memang sucks lis.. baru ni baru aku nak beramas mesra ngan kau semula.. inipun aku cilok skejep jer.. ada manyak story mory.. tungggguuuuuuu