Wednesday, February 25, 2009

listening to the wind of change..

Banyak perubahan yang berlaku. ada yang fizikal ada yang mental.. nampak dan tak nampak. yer la kan sekali air bah sekali pantai berubah. kalau tak ikut berubah macam menyongsong arus pulak.. yang sonsong2 ni agak payah kaedahnya. 

aku turut menyertai perubahan itu.. aku cuba sedaya upaya untuk buat tak kisah.. nanti kalau tense sangat ..my blood go upstairs pulak. contohnya lis.. aku tak dapat berfoya2 masa brekfast. kena sharp pukul 8 dah ada kat workstation. in a way.. aku suka jugak..disiplin sikit la akunyer. tu la benda kecil2 yang besar2 belum lagi la.. akan coming soon aku rasa. 

kejap lagi ni nak pergi teman al*ng pilih kaler honda accord baru dia. sabau je la aku.. ontah bilo la aku ni nak merasa pilih kaler untuk kete sendri.. kete yang kaw2 la maksudnya lis. dah google nengok online kaler yg available tapi tak de yg bekenan la. mungkin tgk live baru senang buat pilihan.  esok dia pergi London for a week... aku seperti biasa kirim barang n kirim salam.. emmm berkirim-kirim dahulu... 

Friday, February 20, 2009

Wind of change...

minggu  n memang tough betul.. mula tu hari isnin for the first time our unit became a division. no more only consist of 6 peoples ( itulah office itulah despatch itulah cc).  meeting pagi tu la baru nampak sesiapa yang menjadi ahli division. bukan calang2 orgnya. rasa mcm termarginalise plak. mendengar boss baru cakap macam semangat..masa tu ok lagila. pastukan masa balik meeting T bagitau..suruh submit sambung kontrak. hati yang berbunga jd kering balik..apa nyer suweiii la. from that moment jer aku mcm tak sedap hati..sadssss...frust. mungkin juga derang ni nak buat submission tu macam just in case appss permenant tu delay lama sgt. i hope cam tu la kaedah nya. kelas french makin menekan perasaan..cikgunye pms tak abis. kalau ikut hati rasa nak keluar dr kelas..just to show protest.. marah org macam suka hati dia jer. dalam minggu ni jugak dapat pangilan dari luar negara.. tah hapa mimpi. i just made a point that "my time is over" nak bagi priority pada benda lain yang lebih promising lah. tu la serba sedikit kehidupan aku yang tak berapa nak keruan lagi ni.. huhhh 
 

Saturday, February 14, 2009

hari tak berkasih

Lis, aku kat rumah skrg ni. hari ni hari valentine...hari kekasih..unlucky me tader kekasih.. dapat ucapan dari ex jer.. sabo je la kan. pagi tadi pergi jog kat lorong biasa aku jalan. but sbelum tu pergi hantar fruit doter kat sekolah dia. hari ni ada merentas desa. ala mesti no corot tu. minah ni kan memang tak minat sukan langsung langsung..hatta ajak pergi jog pun dia akan bagi bebagai alasan...track tinggal kat kg la, tract senteng la..
aku bfast kat mamak macam biasa jugak. sampai balik rumah mengerjakan kain baju and rumah. org ridpest tu datang buat service.. ni service yg last. takmo lagi la, service tak bagus macam ada satu lagi brader yg buat tu. dekat pukul satu pergi jemput N kat sek dia. pastu terus lunch kat melawati, kat tempat abg angkat N (abg mamak). aku malas nak masak hr ni. al*ng pagi lagi dah pergi conference kat KLCC. Esok ada kelas tort. kejap lagi la nak mentelaah buku. orrait Lis Selamat hari kekasih..dari aku untukmu.. daaa

Wednesday, February 4, 2009

aktiviti hari wilayah 2009

eeeloww.. aha! dah masuk bulan feb dah ni.. kejap jer rasanya. ada banyak nak update tapi tak terbuat plak. minggu lepas cuti panjang sebab hari raya cina and cuti wilayah. lepas kelas hari sabtu lepas tu aku balik kampung jemput angah n the kenit geng dtg kl. sian kat diaorg lama sgt asik dok kg jer. suka betul la geng kenit tu. sampai ptg..lepas magrib mlm tu jugak bertolak ke kl. esoknya hari ahad..subuh dah dgr suara AFF ajak mandi "tolam". dapat jugak pujuk suruh dia sarap dulu baru pergi. lepas mandi..bersiap pergi zoo negara plak. sakan betul berjalan hari ni. last aku pergi zoo masa zaman bercintan cintun dedulu.. lama betul dah.. tapi zoo ni tak berubah byk.. aku jugak la yg berubah banyak...
kak.azma dtg rumah.. kita org beli kek untuk sambut birthday dia n naqiuddin skali. letih sungguh hari tu. 
hari isnin lepas sarapan  pergi main "gongchor" (gelongsor). pergi taman yg dekat ngan rumah.. sakan geng kenit berjalan. lepas tu baru la hantar balik ke kg. dalam kete tak sampai 1km dari rumah dah tido depa ni.