hari ni.. kerja macam biasa jer.. ala ala boring. aku macam tak berapa nak mood. balik rumah terus baring baring.. rmh plak tak berapa nak terurus.. al maklumlah tinggal sensorang.. anything goes jer.. main tolak tolak ngan kaki.. aku on kan tv..than baring kat atas katil.. sedar 2 dah pukul 10 malam.. tak pernah jadik mcm tu. macam la kerja menyangkul di bendang kadar kepenatannya tu. mata dah cerah aku pun bantai tgk tv cerita transformer n dinosour jadi org. dua2 cerita karut marut.. layan sampai pukul 3 lebih..aku masuk tidur balik.
Tuesday, December 23, 2008
2 movie kat wayang..2 movie kat tv
Isnin.. aku dari kg ke tempat kerja. sabtu n ahad, hari2 tgk wayang. hari sabtu aku keluar dgn *wan. dah bertahun berjanji nak keluar ngan dia baru la hari tu berkesempatan. kitaorg keluar dalam pukul 3 ptg.. pergi ke jusco s'bn 2. tgk wayang cerita transporter 3..uiiii heronya mengancam machonya. hari ahad pagi lagi dah sarap kat mc donald senawang dgn geng2.. suka sgt si kenit kenit tu. lepas tu balik lepak sekejap pergi pulak terminal 1 dgn yg besar2 jer..3 yg kenit tinggal rumah. cukup seksa nak lepas dari diaorg.. kali ni tgk cerita the day the earth stood still..aisheh boring ya amatss. seperti cerita keenu reeves yg sebelum ni la.. kena dok mikir mikir apa la yg sebenarnya cerita ni.
Friday, December 19, 2008
Korban 2008 (Part II)
ni tengah mood nak update ni Lis.. kebas kebas lagi kaki aku ni..biaser la weekly jenjalan di hari jumaat.. baru masuk opis nih.. ada sket senggang ni. okeh.. hari raya korban tu kan..on the day itself subuh aku bangun siapkan nasi lemak aku tu la.. then bungkus bungkus berbagai dah pukul 10 pagi. nasib baik menjadi you. nasik lemak ni yang aku takutnya dia jadi macam mentah biji limau org kata..gitu la. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. masa tengah buat tu aku berdoa kepada Allah..(he he he) kesian ler kat aku yang ibu ayahnya jauh di mato...
lepas tu plak anak buah semua dah siap sedia.. acara dispatch kan juadah plak..nasi lemak tu 20 bungkus aku sedekah kan untuk org tolong semelih lembu. bapa sedara sebelah bapak aku pesan (pakcik alim) kalau mak bapak kita kat Mekah kena banyak sedekah dan niat nak tolong diaorng kat sana. singgah sana sini dalam kampung dulu barulah bertolak ke PD. kat sana barulah aku dapat makan bersama-sama. dekat nak tengahari balik kg balik. masih layan news jugak pasal banglo tertimbus. ni ha gambar ambil dari kosmo.

Wednesday, December 17, 2008
Korban 2008 (part 1)
Lis.. hari ni aku macam rasa nak ceritakan kat ko pasal aku nyer pengalaman beraya tanpa ibu ayah dan al*ng di sisi. hari raya tu jatuh hari isnin (8/12) kann aku ni dah balik kampung sejak hari jumaat lagi..so aku pada hari sabtu tu pergi la ke pasar besar S'ban. sampai kat pasar dapat sms dari k.has kata ada berlaku tanah runtuh kat bkt antbgsa tapi dia tak tahu kat area mana. k.has duduk kat oakleaf..sejak subuh tak ada elektrik... aku punyalah bederau..terus rasa susah hati..maklumlah saja musim tengkujuh cam gini..dgn bukit tegak dua langkah jer dari belakang rumah. tak menentu arah la aku nyer nak membeli barang kat pasar tu jadinyer.. kat pasar ni kalau time nak beraya mmg payah dapat parking..so kenalah parking jauh.. aku decide sarap dulu ngan amirah kat kedai mamak. sampai dua tiga kali menghantar barang kat kete. last round tu ada org tua ni menyapa.. ler rupanya cikgu zakaria.. dia masih ingat kat aku lis.. he he.. vangga acik you.. aku amek no telepon dia.. dia masih macam dulu.. dia kata nasib baik aku tak jadi cikgu.. budak skrg tak mcm budak dulu.. yer la dapat student mithali macam aku ni.. senang la cikgu tu.. eee sukanyerrrr.
kat pasar aku beli barang untuk buat laksa n nasi lemak. ni first time.. cuba jer nak buat nasi lemak siap nak sponsor untuk org yg tolong potong lembu. sebelum tu kan.. hati aku begitu tak tenang.. so sepanjang hari sabtu tu asik nengok news je la.. 14 banglo runtuh di bukit antarabangsa n bukit mewah.. dekat tu dgn rumah. Esoknya lepas subuh aku pun balik rumah.. ambil kete al*ng and bawa balik barang barang yang penting. hujan jer sepanjang hari ahad tu.. seram akak. berbeg beg barang2 penting aku bawak..termasuk fruit doter n al*ng nyer skali. petang tu pergi ke PD jemput m*ra n *jat yg aku hantar ke rumah makcu semalam..diaorg tgh bakar lemang. esoknya hari raya aku janji nak dtg rmh makcu lagi... busy sungguh la.
Wednesday, December 10, 2008
Lambaian Ka'abah
welcome untuk diriku.. dasar sungguh la pemalas nak update blog. apenye yang aku rajin pun tataw la. memula nak criter pasal mak ayah n al*ng pergi menunaikan haji ke mekah. berangkatnya dengan kt 86 on 27 nov 08. memang ler agak lambat updatenye dah sejuk dah tapi Lis aku nak criter jugak.. bole buat tatapan di hari kemudian..
disebabkan hari tu hari last fruit doter spm aku dtg dari ampang ke tbg hj lepas ambil dia dr skolah. aku sampai sebelum asar..punyalah cepat..saja cari parking senang sket. org lainpun dah mula sampai. dekat magrib barulah mak ayah n al*ng sampai, k.is yg hantar. mujur juga aku bukan dari kg kalu tidak surenyer aku sedeh sbb kat sana, yer la semacam punya drama airmata. kalau aku tak sedeh pun mesti terpengaruh jugak bila org lain dah nangis aku pun ikut nangis...isk.mesti punya.
ramai sedara mara dan sahabat handai yg dtg..suasana agak sibuk n basah sbb hujan makin nak masa bertolak makin lebat. nasib baikla ada khemah yg disediakan. akhirnya masa yg ditunggu dah tiba pukul 9 lebih sket..diaorg pun masuk balai berlepas..bersama hujan yg lebat..aku lambai-lambai jer..tak tahu rasa apa..cuma harapan yang amat tinggi supaya dapat bertemu kembali..dan ibadah yg dikerjakan itu diterima Ilahi.. sbb lama sangat menyimpan angan utk menjejak kaki di Tanah Suci.
aku balik ke kg terus.. di temani hujan sepanjang perjalanan.
Subscribe to:
Comments (Atom)