Friday, September 26, 2008

kueh lama, kueh baru

taraaa...inilah kueh tart nenas yang menjadi pujaan hatiku. kueh ni makcu aku kat PD yang buat...yang dua telap ni untuk kenkawan yang dah buat order. 

ada juga la kueh yang dibuat sendiri macam kueh goyang..ada yang panggil kueh kueh rose..tapi jangan panggil kueh goyang rose dah leee.. lain macam jer bunyinya.. 

gambar bawah ni la proses menggoreng kueh goyang ni..tu la batter yang telah di goyang dan dan tertanggal dari acuannya.


sebenarnya buat kueh goyang ni menggoyang iman juga..kena bediang kat api dari pagi sampai la azan magrib.  

bancuhan yang mak aku buat banyak so sayang la kalau tak abiss.. acuan tu arwah nenek yang punya.. memang tak pernah meragam... "mekaseh wan.."







yang sebelah ni yang dah siap digoreng..di toskan.. tak seswai langsung pakai suratkabar alas lapik..blasah je laaa

Monday, September 22, 2008

Rumah saya.....

hari jumaat..acara spt biasa..melawat alamanda..tak banyak yang menarik pun..kalau ada yg menarik pun, duit plak tertarik... beli ikan kerisi kecik kecik dr carefour..bangla tu tak siang plak..jenuh la petang tu bergelut ngan sisik ikan yang kemain banyak. sudahnya azan dah bunyi gulai baru tenggek..berbuka dengan kueh je la fruit doter ku.

sabtu..lepas subuh balik seremban..orang kampung tengah kalut mengemas rumah sbb tahun ni ada pertandingan rumah cantik kategori malam dan siang.  mak tak ketinggalan ler asyik mengupah org endon buat kerja. kawasan kejiranan tu buzy mengecat la, pasang lampu lip lap la, pasang panjut la. kalaunya tukang potong rumput tu tak menang tangan kaki nak melayan tempahan yang begitu banyak datang mencurah-curah. sure masuuukkkk. kedai hardware tepi kampung tu pelita panjut pun out of stock. macam gitu punya gaya aku kena carik pelita kat kl la. cadang nak buat nak belit lampu lip lap banyak sket then nak taruk panjut susun tinggi rendah.. itu pun kalau sempat la....kita mampu merancang je.. kan Lis kannnnn 


Friday, September 19, 2008

...menaruh harapan (18 Sept 08)

hari ni aku gembira sebab gaya-gaya nak buat position aku as a permenant post tu dah menampakkan kesahihannya. lately ni itu lah yang aku dan geng seunit ni dok concentratekan. lama dah mengidam akan post ni.. penubuhan bahagian khas untuk penyelidikan dan memang jadi dah dan dan lulus pun. cuma nya penyandang jawatannya tu la yang nak diserapkan.  aku ni menaruh harapan yang amatlah tingginya.. macam lagu latip ibrahim tu.."pilihla aku...jadi temanmu..akan ku hibur kasih mu..oooo oooo.."

belah petangnya memandangkan aku ada froggy class..tak dapek la acik balik awal. yang bestnya El announce tak ada kelas untuk dua minggu akan datang..tapi yang tak bestnya banyak nau kerja rumah yang dititipkan. esei plak tu..lomah den (otak yang lomah bona eh). El ni tak tahu ke aku ni berpuasa dan tak lama lagi nak hari raya.. mana ada tenaga nak buat devoir yang banyak camtu..isk. 

untuk berbuka tak beli apa-apa pun ingat nak goreng kueh mueh frozen dalam peti sejuk then lepas sembahyang baru pegi kedai makan.  baru nak panaskan minyak dalam kuali bunyi ding dong pintu.. yahooooo dapat karipap jiran bagi..dia pulangkan mangkok aku bagi mee goreng basah hari isnin tu. aktiviti goreng-goreng..terus jadi baring-baring kat bilik. azan je makan karipap n dates...sembahyang..lepas tu pegi kedai mamak kat melawati yang dah lama tak dikunjungi dan yang begitu dekat di hati.... chow...

projek asam pedas (18 Sept 08)

...akhirnya jadi aku teruskan projek asam pedas ikan tenggiri tu...atas sebab-sebab jalan tak jem masa balik kerja tu hari.. ala tak jem tu sebab nuzul Quran. orang selangor tak kerja so lenggang kangkong sket la bawak kete. masak asam pedas tu diselangi dengan buat cekodok ikan blis..my fruit doter punya favourite.

Wednesday, September 17, 2008

Projek Terbengkalai

Lis..sebenarnya kan aku dah lama bercita-cita nak tulis blog. best jer baca blog org lain..rasa mcm tak percaya boleh ada blog sendiri ni tau lis.. aku decided nak dedicate blog ini utk ko Lis.. saja je.. walaupun isinya belum tentu best n dah tentu merapu entah hapa-hapa, aku harap ko bersabar je lah eh... tambah bulan nan mulia ni..
terlanjur cerita bulan puasa ni kan.. smalam amatlah jem nya di jalanan mr2 tu..aduhhh buat penat je aku excuse kan diri aku dari froggy class cepat 15 minit sampainya lambat jugak. tak jadi la projek asam pedas aku tu. kira postpone la...masuk kiv list kat dalam peti ais. kalau aku rajin aku revisit la projek ni.. tak pun aku buat projek lain ke.. projek kat bazarr ker...dasar betul la kan aku ni lis...

Tuesday, September 16, 2008

IDEA

Idea di mana dikau
aku kerinduan dan..ketandusan
aduhhh... sangat risau  

please idea..ubati rinduku
kau kan tahu
aku sangat perlu

jangan begini idea  
jgn biarkan aku derita
datang dan jadilah bait bait bicara
kelak menjadi cerita

cerita aku
cerita kamu
cerita dunia..dan segalanya